Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menabur fitnah terhadapnya berikutan isu pergolakan rumah tangga bersama pengarah, Syamsul Yusof.
Pengajaran kepada semua orang
Menurut Sarah, peguamnya telah menghantar notis saman fitnah terhadap seorang individu yang dipercayai membuat spekulasi tanpa mempunyai bukti yang kukuh sehingga menyebabkan fitnah.
Menerusi perkongsian dipercayai fitnah itu, Sarah didakwa sengaja melakukan provokasi untuk membenci ‘skandal’ suaminya sendiri. Tangkap layar tersebut turut mendakwa Sarah tidak mahu berpisah dengan Syamsul disebabkan kekayaan yang dimiliki oleh suaminya itu.
Jelas Sarah, tindakan undang-undang perlu diambil supaya ianya menjadi pengajaran kepada orang lain supaya agar lebih berhati-hati dalam penulisan. Katanya lagi, setiap individu mempunyai pandangan tersendiri namun, mereka perlu menyimpannya sekiranya tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang korang lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh. Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri. If u have your own opinions regardless baik ke buruk just keep it to yourself or ceritalah dengan orang sekeliling u je.
Sumber: Puteri Sarah