berita

Dituduh Tak Bayar Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dakwa Kena Fitnah Dengan Individu ‘S’

April 13th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Nama Mawar Karim menjadi ‘panas’ pada Selasa selepas media melaporkan usahawan itu bakal diisytiharkan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman sebanyak RM720,000.

Tak habis lagi fitnah

Tidak mendiamkan diri, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim tampil menjelaskan situasi sebenar. Menerusi Instagram Stories, bekas isteri aktor Fizo Omar ini mendakwa dia telah difitnah oleh individu yang digelar ‘S’.

Dakwanya, ini bukan kali pertama terjadi kerana pada tahun lalu dia terpalit dengan isu penahanan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Terengganu.

Netizen serang

Hasil pemerhatian OhBulan!, ruangan komen di hantaran Instagram Mawar diserbu netizen yang tertanya-tanya siapakah ‘S’. Ada segelintir warganet yang tergamak memerli dan menghina.

Ibu tunggal itu membalas salah satu komen dengan berkata; ‘Saya ni manusia biasa saja sabar pun ada limit. For sure ada undang-undang untuk lindung diri dari nama terus damage.’

Sumber: Instagram @mawar_karim

SKIP THIS AD ×