Gara-gara memuat naik gambar bersama wanita hasil ciptaan Kecerdasan Buatan (AI), pelakon Datuk Remy Ishak ditegur kerana didakwa tidak menghormati isteri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sediakan RM4k Untuk Perbelanjaan Bulanan Anak, Isteri Puji Sifat Remy Ishak Sebagai ‘Provider’ – ‘Itulah Sebab Saya Jatuh Cinta’

Artikel Berkaitan: Ezza Yusof Tepis Dakwaan Remy Ishak Pakai ‘Cincin Hidung’ Sebab Nak Publisiti – ‘Dia Dah Pulangkan Dekat Saya, Chill Okay’

‘Jangan sibuk’

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Sangkar itu mempamerkan gambar selfie dirinya bersama seorang wanita yang tidak bertudung hasil ciptaan AI.

Bagaimanapun perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang segelintirnya tidak bersetuju dengan tindakannya.

Remy yang sekadar bergurau dengan perkongsian itu, berkata orang lain tidak perlu sibuk dengan urusannya.

Bila masa awak jadi isteri saya? Jangan sibuklah kak, pergi jaga suami awak.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian selepas ada individu menegur Remy kerana didakwa tidak menjaga hati isteri apabila memuat naik gambar bersama seorang wanita hasil ciptaan AI.

Kalau pun hanya AI, jagalah hati isteri. Kalau orang lain muat naik gambar itu, lain ceritanya. Kalau diri sendiri memang tidak hormati isteri.

Pun begitu, menerusi tinjauan OhBulan!, aktor itu telah memadam hantaran berkenaan dan memuat naik gambar baharu bersama seorang lelaki yang dilihat seolah-olah mirip adiwira yang juga hasil AI.

Sumber: Instagram