berita

Dituduh Tiada Hati Perut, Tak Peduli Teriakan Anak, Ini Penjelasan Suami Lufya Omar

November 21st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tindakan suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz, yang dikatakan tidak menghiraukan teriakan anaknya sebaik sahaja prosiding di mahkamah selesai baru-baru ini, mengundang kemarahan netizen. Walaupun sudah memberi keterangan berhubung isu tersebut, netizen masih menganggap ianya sekadar mahu menutup kesalahan diri sendiri.

Menerusi Instagram Dr Che Hafiz, dia tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku ketika hari kejadian dan memohon maaf kepada anaknya iaitu Laana Haura.

Ramai salah faham

Menurut Hafiz, dia mengakui bahawa isu tersebut telah membangkitkan kemarahan orang ramai apatah lagi melibatkan anak kandungnya. Namun, segala dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar. Tambahnya, dia sempat meluangkan masa bersama anaknya, sebelum keluar daripada mahkamah.

Di samping itu, Hafiz turut memberitahu bahawa dia hanya mampu mendengar bunyi flash kamera dan bersedia menjawab soalan wartawan apabila keluar daripada prosiding di mahkamah. Hafiz turut meminta maaf kepada anaknya kerana tidak perasan dengan teriakan tersebut. Sebagai seorang bapa, dia pasti akan menyayangi anaknya.

Keputusan untuk menolak penceraian

Sebelum ini, Lufya meluahkan rasa terkilan dengan tindakan suaminya yang gagal menghadiri diri ke mahkamah untuk sebutan permohonan cerai. Dia menyifatkan tindakan Dr Che Hafiz itu melengahkan kemelut rumah tangga mereka. Malah, Lufya turut keliru dengan pendirian suaminya itu apabila membuat keputusan untuk menolak penceraian tersebut.

Mengikut perintah Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pasangan ini harus melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Sumber: Dr Che Hafiz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×