Baru-baru ini, beberapa individu yang mengaku diri mereka adalah jiran kepada Allahyarham Abam Bocey telah mendedahkan bahawa melihat Ali Puteh berada di dalam rumah ketika kakak iparnya, Norhidayah datang ke rumah tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Hidayah Tak Guna Sihir, Ali Ni Memang Hati Berniat Buruk, Dia Memang Nak Rumah Tu’ – Jiran Abam Bocey
Susulan daripada itu, Ali tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan pendedahan individu terbabit adalah satu fitnah buat dirinya.
‘Fitnah makin besar..’
Ali turut meminta individu yang menuduhnya itu tampil memberikan bukti sekiranya mereka benar melihat dia berada di rumah tersebut seperti yang didakwa sebelum ini. Dakwa Ali lagi, dia juga tidak menetap di rumah terbabit.
Fitnah makin besar dan makin besar sekarang. Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah.
Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ? Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake akaun untuk beri komen.
Terdahulu, tular beberapa tangkap layar yang dimuat naik oleh adik Norhidayah iaitu Mohd Zainuddin di Facebook memaparkan komen beberapa individu yang mendakwa mengetahui kejadian yang berlaku di rumah Abam. Malah mereka mendakwa melihat beberapa orang lain di dalam rumah berkenaan dan meninggalkan kawasan tersebut sebaik sahaja Hidayah pulang.
Mereka turut mendakwa Hidayah bukanlah seorang penipu malah dia juga tidak melakukan perbuatan ‘syirik’ seperti yang didakwa sebelum ini.