berita

Diugut Sebar Gambar Nahas Helikopter Kobe Bryant, Isteri Mendiang Hidup Dalam Ketakutan

December 9th, 2021 | by Hariz
Isu & Kontroversi

Sebuah tuntutan mahkamah dikeluarkan dalam pencerobohan hak privasi isteri mendiang Kobe Bryant, Vanessa Bryant terhadap Jabatan Polis Los Angeles yang menghuraikan bahawa Vanessa kini hidup di dalam ketakutan tanpa henti sekiranya gambar insiden nahas helikopter Januari 2020 itu tersebar dan tular.

Saman polis

Vanessa memfailkan saman terhadap jabatan polis tersebut kerana dia terus berada di dalam tekanan emosi selepas responden pertama insiden tersebut mengambil gambar di tempat kejadian dan berkongsikan gambar tersebut secara peribadi.

Gambar dari nahas yang meragut nyawa suami dan anak perempuannya, Gianna Bryant serta tujuh yang lain itu terus tersebar dan peguam Vanessa memfailkan saman tersebut sebagai respon selepas Jabatan Polis Los Angeles membuat permintaan kes tersebut ditutup.

Kesemua wakil jabatan dan ahli bomba ini telah mengambil perkara yang paling teruk yang pernah berlaku di dalam hidup saya — kemudian menjadikannya perkara yang lebih teruk lagi. Saya tidak akan pernah mengatasi keperitan apabila mengetahui pegawai-pegawai yang sepatutnya menjaga keselamatan kami telah melayan Kobe dan Gianna tanpa rasa hormat.

Selagi saya masih hidup, salah satu daripada dua perkara akan berlaku: gambar pandangan dekat (close-up) badan suami dan anak perempuan saya akan tular dalam talian, atau saya akan terus hidup dalam ketakutan yang perkara tersebut berlaku.

Diugut sebar gambar kejadian

Vanessa pada Isnin membuat tuntutan bahawa dia dihantui oleh pengguna dalam talian yang mengugut akan menyebarkan gambar nahas tersebut, ataupun memuat naik gambar palsu badan suaminya.

Hakim Majistret, Charles Eick memberi arahan untuk Vanessa mendapatkan rekod terapi peribadi untuk mengesahkan dirinya betul-betul berada di dalam tekanan emosi selepas menerima permintaan daripada pemfailan pihak jabatan polis.

Respon Jabatan Polis Los Angeles

Syerif Alex Villanueva mengambil maklum bahawa ahli di bawah jabatannya telah mengambil gambar di tempat kejadian dan menyebarkannya secara peribadi. Katanya pada Mac 2020, kesemua 8 ahli jabatannya yang mengambil gambar nahas tersebut telah memadam kesemua gambar-gambar yang mereka ada.

Keutamaan nombor 1 saya adalah untuk memastikan kesemua gambar dari nahas tersebut tidak lagi wujud. Kami telah mengenalpasti ahli yang terlibat, mereka sendiri telah datang ke balai dan mengaku, dan memadam gambar-gambar yang ada. Kami yakin mereka telah padam.

Jabatan itu turut membahas bahawa Vanessa berada di dalam tekanan emosi kerana kehilangan suami dan anak perempuannya, dan bukan kerana gambar yang dia dakwa telah sampai ke khalayak umum.

Sumber: yahoo! news

SKIP THIS AD ×