Mahkamah daerah Sibolga di Sumatera Utara, Indonesia membebaskan Siska Telaumbanua daripada tuduhan menikam kemaluan teman lelakinya.
Tikam zakar kekasih
Memetik laporan Detik News, pada 25 Februari lalu, berlakunya pergelutan antara Siska dan teman lelakinya, Otomasi Gulo dipercayai berpunca kerana suspek menolak permintaan mangsa yang mengajaknya berasmara di sebuah hotel.
Mangsa yang berang permintaannya ditolak bertindak agresif dengan mengambil sebilah pisau dan mengugut kononnya mahu menyebarkan video seks yang dirakam sebelum ini. Siska yang mula takut dengan ugutan tersebut bertindak merampas pisau terbabit dan menikam bahagian alat sulit teman lelakinya itu.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Manakala, Siska telah ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Menurut hakim Grace Martha Situmoran, Siska dibebaskan kerana perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai satu jenayah sebaliknya itu adalah cara mempertahankan diri.
Sumber: Detik News