berita

Diuji Dengan Pelbagai Ujian, Ali Puteh Sebak Isteri Sah Hamil

February 14th, 2020 | by Amat
Lensa Insta

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh reda kehilangan seorang cahaya mata iaitu adik Sharifah Nur Ainul Mardhiah ketika berusia 3 bulan. Dia juga diuji sekali lagi dengan kehilangan abangnya iaitu Allayarham Abam Bocey tempoh hari.

Di sebalik kedukaan yang dihadapinya, dia turut meluahkan rasa syukur kerana tidak sangka isterinya, Melati Fitri Abdullah sedang hamil enam minggu.

Kalau arwah Abam ada mesti dia gembira

Ali Puteh dan sekeluarga diuji dengan ujian yang sangat hebat dengan kehilangan dua insan paling bermakna dalam hidup mereka. Di sebalik kedukaan, Ali Puteh terima khabar gembira apabila isterinya disahkan hamil sudah enam minggu.

Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang. Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga. Betapa hebatnya aturan Allah. Dia gantikan arwah Ainul dalam jangka masa yang tidak terduga.

Cuma kalau arwah Abam ada mesti dia sangat teruja dan gembira.

Syukur Alhamdulillah

Adik Ainul sebelum ini disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan masalah injap jantung terbalik. Adik Ainul meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di hospital dan meninggal dunia ketika berusia 3 bulan.

InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan seperti ibu hamil yang lain. Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’, anak mengalami jantung berlubang. Apapun terima kasih kepada anda kerana banyak mendoakan buat keluarga kami, hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sumber: Ali Puteh, Astro Gempak

SKIP THIS AD ×