berita

Diuji Pemergian Ayah Ketika Exam, Anak Yatim Piatu Cemerlang SPM Raih Perhatian Neelofa

March 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Setiap pelajar menempuhi pelbagai cabaran yang berbeza dalam pelajaran demi memperolehi keputusan cemerlang. Seperti perkongsian dari Cikgu Jane, seorang pelajar SPM yang ditimpa pelbagai cabaran dengan pemergian ibu dan bapa tersayang tidak menghalangnya untuk memperolehi keputusan 9A.

Kini, hidupnya hanya menumpang kasih sayang dari pakcik yang juga merupakan OKU. Kisah pelajar yang bernama Maizatul Akmal ini turut mendapat perhatian pengacara terkenal, Neelofa.

Usai SPM ayahnya menderita sakit

Setiap insan ujiannya tak sama. Masa SPM. Dia belajar sendirian. Tinggal di rumah murah penduduk termiskin, PPRT. Masa ambil exam Matematik, dia exam di hospital lantaran tercedera justeru kemalangan. Hidup teruji dengan ujian berat. Ayahnya waktu itu terpenjara. Hidup umpama sebatang kara.

Ibu kandung telah lama pergi. Abang sulung beliau menyusul ibunya. Dijemput pulang lebih awal. Walau ada ibu tiri namun hidupnya tersisih. Tak dipedulikan. Usai SPM ayahnya menderita sakit. Akhirnya pergi juga menemui Ilahi. Di saat dia sangat memerlukan untuk berpaut kasih dan cinta. Namun, takdir Ilahi adalah sebuah catatan azali. Sekian lama telah tertulis.

Tersembunyi kisah duka

Jika anda masih ingat pelajar ini yang pernah saya kongsi kisah duka beliau di wall ini. Semalam, adalah hari bersejarah dalam hidupnya. Merangkul anugerah pelajar cemerlang SMK Tanjung Lumpur, Kuantan. Gembira yang tersembunyi kisah duka. Anak hebat, meraih cemerlang biar juangnya sarat bertindih ujian. Dia capai straight A untuk semua subjek. Aliran sains tulen. Bercita-cita nak sambung belajar di UIAM bidang perubatan.

Jika ada sahabat bermurah hati nak bantu dia, saya alukan. Itu adalah jaariah berpanjangan. Sekarang hidupnya sebatang kara. Menumpang teduh dan kasih bersama pakciknya seorang OKU.

Untuk bantu anak cemerlang ini, disertakan nombor akaun beliau. Akaun BSN. Sebarang pengesahan boleh berhubung terus dengan guru beliau di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan.

MAIZATUL AKMAL BINTI MAHAT, BSN: 0611-5290-0039-0384

Truly admire her determination

Sementara itu, Neelofa turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajar ini dalam peperiksaan SPM. Dia menyifatkan kisah Maizatul Akmal itu memberi inspirasi buat ramai pelajar yang lain. Malah, Neelofa mendoakan agar pelajar ini terus cemerlang di masa akan datang.

Sumber: Neelofa, Jane PK

SKIP THIS AD ×