berita

Diumpan Hisap Vape, Tiga Remaja Bawah Umur Tak Sedar Dirogol Secara Berkumpulan

May 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tiga remaja perempuan termasuk seorang pelajar berusia 13 tahun didakwa menjadi mangsa rogol selepas diumpan vape perisa baharu oleh empat lelaki dalam satu kejadian di rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu pada 26 April lalu.

Mangsa rogol diumpan vape

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, perkara tersebut hanya terbongkar selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis mendakwa telah menjadi mangsa rogol berkumpulan.

Dalam kejadian itu, suspek empat lelaki dan seorang perempuan terbabit menegur ketiga-tiga mangsa ketika berada di sebuah pusat beli belah di bandar raya ini dan memujuk mereka melepak di rumah tumpangan mereka di Kampung Air.

Ketiga-tiga mangsa kemudian tidak sedarkan diri selepas diumpan menghisap vape berperisa baharu oleh kesemua suspek.

Ketika semua mangsa tersedar pada tengah malam, mereka dalam keadaan tidak berpakaian manakala empat lelaki dan seorang perempuan terbabit menghilangkan diri.

Bertindak atas laporan, pihak polis mula menjalankan siasatan dan mendapati kejadian rogol berkumpulan itu turut membabitkan dua rakan mangsa dan empat lelaki yang tidak dikenali serta seorang perempuan.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun telah ditahan reman sehingga 5 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×