berita

Diundang Buat Persembahan Secara ‘Live’, Netizen Nampak Sweet Qismina Macam Lip Sync?

August 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selain berlakon, Sweet Qismina sudah melebarkan kerjayanya dengan menceburi bidang nyanyian. Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, telah mengeluarkan sebuah single pertama berjudul ‘Namo’ sejak sebulan yang lalu. Lebih menarik, lagu tersebut telah mendapat ribuan tontonan di laman Youtube sejurus ia dilancarkan. Tahniah!

Lip sync atau live?

Terbaru, Sweet telah diundang untuk membuat persembahan secara langsung dalam sebuah rancangan di TV3. Menerusi perkongsian sebuah video, Sweet tampil memakai busana gabungan warna biru dan hitam serta menari bersama dua penari wanita lain. Pun begitu, lontaran suara daripada selebriti berusia 25 tahun itu telah menarik perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, warganet meninggalkan reaksi tanda tanya mengenai suara Sweet. Mana taknya, ramai keliru sama ada Sweet menyanyi menggunakan suara sebenarnya semasa membuat persembahan ‘live’ atau sekadar ‘lip sync’ sahaja. Tambah warganet, Sweet lebih sesuai menjadi pelakon jika dibandingkan dengan penyanyi.

Video

Terdahulu, Sweet mendedahkan dirinya sudah empat tahun mempunyai impian untuk single sendiri dan akhirnya hasrat tersebut tercapai juga apabila lagu berjudul ‘Namo’ dilancarkan. Malah, anak kelahiran Muar, Johor itu turut meluahkan kesyukuran kerana urusan penghasilan dan pelancaran lagu itu dipermudahkan selain menjadi detik paling manis dalam hidupnya semasa pembikinan lagu dan muzik video ‘Namo’ tersebut.

Sumber: TV9 Malaysia

SKIP THIS AD ×