Sebelum ini, pasti sudah banyak kisah yang kita dengar tentang pengalaman individu kehilangan selipar atau kasut mereka selepas menunaikan solat di masjid. Ia bukan lagi sesuatu perkara yang baru, malah kebanyakan daripada kita sendiri seolah-olah sudah ‘bersedia’ jika secara tiba-tiba mendapati kasut atau selipar yang dipakai kita ‘ghaib’ dari pandangan.

Baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seorang individu ini telah diupah oleh rakannya sendiri untuk menjaga seliparnya ketika mahu menunaikan solat di sebuah masjid. Namun tanpa diketahui, selipar yang dijaga itu rupa-rupanya sangat bernilai dan harganya sungguh di luar jangkaan.

Diupah RM20

https://twitter.com/czero_/status/1198188796744912896?s=20

Menerusi perkongsian pengguna Twitter czero_ ini, dia telah diupah oleh seorang rakannya untuk menjaga sepasang selipar sementara individu itu menunaikan solat di sebuah masjid baru-baru ini.

Menurutnya, rakannya itu memberikan upah kepadanya sebanyak RM20 untuk ‘pekerjaan’ tersebut. Selepas membuat carian di laman Google, dia mendapati selipar yang dipakai oleh rakannya itu rupanya-rupanya adalah sepasang selipar berjenama yang berharga hampir RM1,700.

Ada kenduri kahwin

Menjelaskan perkara itu, individu ini berkata rakannya bukanlah sengaja pergi ke masjid dengan memakai selipar ‘mewah’ tersebut. Katanya pada sebelum itu, dia dan rakannya telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan sahabat mereka.

Tunggu member lain habis solat

https://twitter.com/czero_/status/1198477874321227777?s=20

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat harga selipar itu turut meluahkan rasa terkejut. Malah mereka juga turut memberikan beberapa komen lucu selepas mendapati harga barang tersebut mencecah ribuan ringgit.

Namun tidak kurang juga, masih ramai dari kalangan netizen yang memberikan komen positif terhadap ‘tuan badan’ kepada selipar mewah itu kerana tidak meninggalkan solat.

Sumber: Twitter czero_