berita

DIY Bilik Tidur Si Kecil Yang ‘Rare’ & Mampu Milik, Siap Ada Taman Permainan Lagi…

November 23rd, 2019 | by Shira
Make-It-Senang

Persekitaran dan perhiasan bilik tidur yang menarik merupakan salah satu elemen penting bagi memberi keselesaan kepada pemiliknya terutamanya kanak-kanak. Selain dilengkapi dengan katil dan keperluan tidur, elemen-elemen seperti sudut permainan dan sudut bacaan juga turut diperlukan untuk melengkapi bilik tidur si kecil ini.

Seperti perkongsian Sharifah Zawani Syed Dahari di laman Facebook, dia telah mengubahsuai bilik tidur anaknya menjadi satu bilik yang sangat menarik dan lengkap dengan sudut bacaan dan permainan. Apa yang lebih menariknya, bajet yang diperlukan untuk memiliki bilik yang secantik ini amat berpatutan dan mampu milik.

Keselamatan bilik

Ramai yang minta wanie upload gambar penuh DIY ni. Wanie mengambil masa seminggu untuk siapkan bilik ini. Bilik agak kecil dengan keluasan bilik hanya 8 kaki x 9 kaki. Barang-barang utama yang Wanie gunakan adalah papan, kayu dan paku. Kerja-kerja membina, menukang, mencantum siap dalam 2 hari sahaja. Kerja-kerja mendeko yang agak lama sebab berperang dengan husband punya idea.

Safety.
Perkara paling penting membuat play room ini adalah keselamatan anak-anak bila bermain. Wanie kalau boleh taknak ada benda tajam, keras ataupun benda yang boleh mendatangkan kecederaan.

Guna playwood dan kotak

Lantai.
Wanie gunakan foam mat bagi mengurangkan risiko kecederaan jika terjatuh. Gelongsor pula, Wanie letak getah paip di pemegangnya. Di bawah gelongsor, Wanie letak beanbag dan foam mat juga. Pemijak tangga juga tampalkan foam mat untuk keselesaaan masa memanjat.

Play room.
Ketinggian dari lantai ke lantai play room 1.4 meter sahaja. Ketinggian dalam play room juga 1.4 meter. Dalam playroom pula, mula-mula nak biarkan kosong sahaja. Tapi si anak request nak kitchen set pula. Survey survey harga kitchen set tu boleh tahan yahudi harganya. So, nak jimat punya pasal, buat lah pakai kotak dan playwood. Janji dia boleh memasak sudahlah.

Bilik tidur

Bed room.
Cadangnya tak nak buat tapi fikir anak ada 3 orang, bilik pula ada 3 je, so letak lah satu tilam kat situ dengan almari baju pun ada sekali. So, penat-penat main dia terus tidur.

Sudut bacaan

Study room
Wanie dapat idea untuk invisible kan meja. Di hujung tilam yang ada tulis ‘good night’ tu, meja sebenarnya. Bila nk study, boleh turunkan. Bila nak tidur, lipat semula ke atas. Sebelahnya wanie letak rak untuk susun buku-buku sekolah.

Rak permainan

Toys storage.
Memandangkan bilik tu kecil, wanie minimumkan barang-barang. Wanie cari storage yang kecil sahaja. Lagi besar storage, lagi banyak la mainan, lagi bersepah la bilik, lagi kuat lah suara Wanie menjerit.

Budget.
Anggaran semua sekali Wanie tak dapat nak kongsikan sebab banyak guna barang-barang yang sedia ada di rumah. Rasanya anggaran kasar dalam rm 40 lebih kot. Material deko bilik yang agak banyak beli.

Sumber: Sharifah Zawani Syed Dahari