berita

DIY Cermin Dinding Eksklusif Guna Barang Kedai Eco Je, Terus Nampak Mahal!

June 26th, 2019 | by faris
Make-It-Senang

Tambahan cermin dalam dekorasi sesebuah kediaman mampu mengubah sesebuah ruang. Ruang akan kelihatan lebih luas selain menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi bilik yang sempit, berbentuk pelik dan pelbagai masalah lain.

Seorang netizen, Wan Helmi Noordin berkongsi langkah-langkah membuat cermin dekorasi ruang tamu menggunakan cermin di Kedai Eco sahaja, murah dan berbaloi-baloi!

Cara-caranya

Sekeping RM2.10 di kedai RM2. Beli ikut berapa keping nk pakai. Beli lebih takpa. Spare ganti yang pecah. Kena ulang kedai banyak kali sebab depa takda banyak stock. Gunting plastik kat belakang cermin cermat-cermat, jangan sampai calar ye.

Lukis kat dinding nak lekat macam mana. Kalau nak ada gap ukur siap-siap gap tu. Kalau malas nak potong. Lekat je terus 4 segi tepat.

Potong cermin guna pemotong cermin. RM7.50 ja kt Mr.DIY. Sapu minyak tanah sebelum potong. Cermin mata keselamatan kena pakai.

Mula la melekat ke dinding. Pastikan gam yang digunakan kuat yea. Saya gunakan brand Ace. Gam dia macam gam tikus.

Hampir siap. Cermin lebihan keci-kecil tu. Tindan kat bucu dia. Tak da dalam plan pun. Tapi lawa gak. So lekat semua bucu.

Last pieces akhirnya. Selepas 2 minggu. 

Frame saya beli online. Rubber bukan kayu. Berat nak mampoih habaq hang. Potong ngam pen knife jea. Kalu boleh guna frame kayu yea. Dato dh tersilap beli, so guna jugak la.

Spray warna coklat. Nak bagi nampak macam warna kayu.

Disebabkan terlampau berat. Tak boleh gam saja. Kena skru frame tu le dinding. Rosak cat aku

Kena cat sekali lagi. Selepas palam lubang skru tadi. Nak ambil hati bini tak susah pun. Cat lebih tu tulis 2/3 patah ayat romantik sikit. Bagi dia teringat setiap kali tengok cermin tu. Hehehe.

Siap juga akhirnya. Cuci cermin dengan glass cleaner guna surat khabar. Berkilat baq hang.

Sumber: Wan Helmi Noordin

SKIP THIS AD ×