berita

DIY Meja Belajar Boleh Lipat Dengan Kos RM14, Guna Barang Di Kedai Eco Je!

November 1st, 2019 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

Peralatan belajar yang lengkap antara elemen yang penting untuk menaikkan mood ketika belajar. Dengan ada nya meja, pencahayaan yang baik dan ruang yang selesa membantu pelajar menyiapkan tugasan dengan lebih fokus. Betul tak?

Menerusi laman Kelab Kaki Deco – Barang Eco/Mr DIY, Eda Shamira berkongsi cara-cara untuk membuat sendiri meja belajar dengan kos hanya RM14. Barang-barang yang digunakan boleh didapati di Kedai Eco dan Mr DIY sahaja. Yang penting meja kecil ini boleh dilipat untuk tujuan simpanan. Best kan?

Hanya RM14

Saja nak share, saya buat meja study portable (boleh lipat) 100% barang kedai Eco Jejawi Perlis. Total RM 14.

**kalau nak share copy link dan paste kat wall hampa tauu hehehe baru boleh share.

Barang diperlukan

1. Frame kayu

Beli 2 frame kayu

 2. Engsel pintu

Ada 4, tapi saya pakai 3 saja.

3. Sesiku L

Sesiku L boleh lipat, ada spring saya beli 4.

Katanya, 3 barang utama yang diperlukan adalah 2 frame kayu yang boleh dibeli di Kedai Eco. Selain itu, dia menggunakan 3 engsel pintu dan 4 sesiku L yang boleh dilipat beserta spring. Sesiku L tersebut dipasang hanya menggunakan screwdriver sahaja.

Hasilnya

Bahagian bawah meja.

Kaki boleh dilipat

Kaki boleh lipat senang la nak simpan.

Dah lipat kaki, meja pon boleh lipat.

Sumber : Eda Shamira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×