
Kehadiran pelakon, Emma Maembong di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 bersama deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd menuai perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Hubungan Baik Demi Anak-Anak, Emma Maembong & Bekas Suami Beraya Bersama – ‘Setiap Tahun Tetap Kena Ada Gambar Keluarga’
Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Mana Emma Maembong, DJ Kidd Selamba Jawab ‘Ada Dalam Hati’ – ‘Wah Sweet Lah Abang Ni’
‘Serasi’
Menerusi hantaran di Instagram, DJ Kidd berkongsi beberapa foto mereka bersama ketika menghadiri acara tersebut.
Pada malam AMT2025, DJ Kidd kelihatan tampan mengenakan blazer berona merah jambu yang dipadankan dengan seluar slack hitam.
Manakala, Emma kelihatan anggun menyarung busana gaun hijau terang dan korset berona merah jambu.
Tidak meletakkan sebarang kapsyen panjang, DJ Kidd hanya menulis ‘I love pink’ merujuk kepada warna pakaian yang digayakannya.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa Emma telah mendirikan rumah tangga bersama DJ Kidd.
Spekulasi itu semakin hangat apabila tular beberapa gambar percutian mereka di luar negara yang menimbulkan pelbagai andaian netizen di media sosial.
Bagaimanapun, Emma tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan tiada sebarang hubungan istimewa wujud antara dirinya dengan lelaki tersebut.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan telah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia lima tahun dan Shakil Aryan Shah berumur dua tahun.
Sumber: Instagram