berita

‘Doakan Kami Bahagia’ – Muat Naik Foto Nikah Di IG, Ini Penjelasan Rossa

April 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Rossa mesti ramai sudah mengenali penyanyi terkenal dari negara seberang, Indonesia ini. Penyanyi kecil molek ini juga pernah dikaitkan dengan penyanyi kacak Indonesia iaitu Afgan dan mereka berdua dipercayai sedang hangat dilamun cinta.

Terbaru, Datuk Seri Rossa menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik satu foto nikah bersama jejaka misteri. Tindakannya itu sekaligus telah mendatangkan pelbagai tanda tanya dan persoalan daripada netizen.

Rossa ‘kahwin’ jejaka misteri

https://www.instagram.com/p/B-ly_mjFYUD/

Menerusi posting tersebut memaparkan Rossa dan jejaka misteri tersebut yang menggayakan busana tradisional pengantin Jawa. Dalam kapsyen foto berkenaan, Rossa turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengundang rakan-rakannya ke majlis perkahwinannya memandang dirinya sedang menjalani kuarantin.

Aku putuskan hari ini buat upload foto ini. Maaf gak ngundang siapa2 karena lg self quarantine. Pengantinnya jg self quarantine, jadi cm dipersatukan di aplikasi. Makasih tp doa dan aamiin nya, really appreciate it guys. Doain kita bahagia ya.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada para peminat dan juga rakan-rakannya di Instagram. Rata-rata daripada mereka tidak ketinggalan dengan mengucapkan tahniah kepada penyanyi ini kerana sudah sah bergelar isteri. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bagaimana status hubungan Rossa bersama Afgan.

Itu hanyalah suntingan

Susulan daripada itu menerusi Berita Harian, penyanyi yang berusia 41 tahun itu menafikan bahawa dirinya sudah bernikah. Menurutnya gambar yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu telah disunting. Tambah Rossa lagi, dia berbuat demikian bertujaun untuk mengusik para peminatnya dan tiada niat lain.

Difahamkan, jejaka misteri yang berada di sebelahnya itu merupakan aktor popular dari negara Korea iaitu Kim Soo Hyun.

Itu bukan foto asli, ia hasil suntingan teman saya. Tolong jangan percaya

‘Itu siapa?’

Sumber: Datuk Seri Rossa, Berita Harian

SKIP THIS AD ×