Semakin jarang muncul di kaca televisyen, pelawak dan pelakon Tauke Jambu kini menumpukan perhatian kepada perniagaan kedai makan miliknya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Miliki Dadah Jenis Ketamin, Tauke Jambu & Empat Rakan Mengaku Tidak Bersalah

Jual lempeng

Perkara itu diketahui selepas pempengaruh Mr Kaki Review mengunjungi kedai milik Tauke, atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 49, yang terletak di Pasir Penambung, Kuala Selangor

Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan dan tersenarai sebagai ‘best seller’ adalah lempeng serta jemput-jemput ikan bilis yang dihidangkan bersama sambal tumis.

Mr Kaki Review turut memberi ulasan positif selepas mencuba hidangan tersebut.

Suasana di kedai milik Tauke juga dilihat meriah dengan kehadiran ramai pelanggan, menandakan juadah yang disediakan menepati citarasa pengunjung.

Di ruangan komen, Tauke memohon agar orang ramai mendoakan rezekinya terus dimurahkan, sekali gus membolehkannya mengumpul modal untuk mencari premis yang lebih besar dan selesa.

Doakan saya dapat kumpul modal untuk cari kedai yang lebih selesa. Terima kasih kepada Mr Kaki Review kerana sudi hadir.

Terdahulu, Tauke dalam satu temu bual meluahkan rasa syukur apabila kedai makannya turut mendapat sambutan daripada rakan artis.

Tauke yang memulakan perniagaan sejak Oktober lalu berkata, kehadiran rakan industri membuktikan dia tidak dipinggirkan oleh rakan-rakannya.

Sumber: TikTok