berita

‘Doakan Semoga Segenap Hati Reen Nanti Menutup Aurat’

July 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Reen Rahim memohon doa orang ramai agar mendoakan dirinya terbuka hati untuk berhijab pada suatu hari nanti.

Artikel Berkaitan: ‘Artis Pun Manusia!’ – Reen Rahim Bengang Dituduh Lari Dari Peminat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kenduri Sambut Menantu Serba Sederhana Dipuji, Netizen Terhibur Tengok Muka ‘Ketat’ Adik Ipar Reen Rahim

Doakan

Menurut Reen, 34, dia percaya dengan segala perancangan Allah SWT yang sudah tertulis buat dirinya.

Dalam hidup ini, apa yang Allah SWT susun tiada yang kebetulan. Doakan semoga segenap hati Reen nanti menutup aurat kerana-Nya. Amin.

Bercerita tentang pengalaman pertama diminta untuk bertudung, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu tidak berkecil hati dengan permintaan ketika mempromosikan produk baharu jenama Zeeta, Perfect Match (set satu sabun badan dan mandi bunga).

Mula- mula memang mereka (pihak Zeeta) takut Reen kecil hati dengan permintaan bertudung ini. Tetapi sebenarnya, Reen sangat gembira dan menerimanya dengan hati terbuka.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim cukup teruja dipilih sebagai wajah kempen baharu itu.

Secara rahsianya, Reen menjadi pengguna produk itu sejak 2020 lagi. Masa itu Reen menyokong dengan membeli tanpa meminta tajaan.

Dipendekkan cerita, pihak mereka tahu Reen pengguna setia dan mula mendekati diri ini. Jujur, jika produk ini tak bagus dan berkesan, Reen tak akan pakai dari tiga tahun lalu lagi.

Salah satu sebab Reen ingin mewakili jenama ini kerana mahu semua golongan wanita memakainya kerana ia cukup berbaloi digunakan. Malah Reen syorkan kepada ibu dan kakak, ternyata ia bagus serta efektif untuk aura, minda juga ketenangan.

Mungkin dengan pembabitan Reen ini, akan lebih ramai mencuba dan mengambil tahu fasal produk berkenaan. Nak tahu dan faham keberkesanannya, memang kena cuba sendiri.

Kena tutup aurat

Sementara itu, pengasasnya, Zaiti Noordin, berkata pihak mereka bukan melawan arus sebaliknya sedar pegangan serta prinsip diperjuangkan itu sudah diguna pakai kebanyakan ahli perniagaan mahupun pengasas produk.

Mungkin selama ini pilihan artis atau selebriti tidak bertudung lebih diutamakan. Tapi kami sedari dulu lagi, setia dangan prinsip meletakkan wajah atau duta produk semestinya bertudung.

Sekalipun ada selebriti tidak bertudung, kami meminta jasa baik dan kerjasama mereka untuk sekurang-kurangnya menutup aurat ketika mempromosikan produk.

Contoh terbaharu ialah Reen Rahim yang sudah mempersetujui syarat dan kehendak berkenaan selepas menjalinkan kerjasama dengan kami.

Kata Zaiti lagi, dalam konteks memberi inspirasi, mereka ingin memecah tembok pemikiran wanita berhijab di Malaysia sekaligus memperkasa golongan berkenaan.

Kami ingin mengubah stereotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Dalam konteks memelihara pula, ia lebih jelas sebagaimana kita balut buku untuk memelihara kulit depan dan belakangnya atau memakai langsir di tingkap untuk mencantikkan.

Tak lupa keselamatan makanan terjaga dengan mengguna penutup saji. Begitu juga dengan cara Islam menghargai dan memelihara keindahan wanita. Kami juga ingin memelihara keindahan wanita dengan cara sama.

Malah ejen berdaftar kami juga bagai faktor dorongan atas usaha ini yang memilih untuk menggunakan kandungan bahan atau video wanita menutup aurat sahaja.

Jenama yang beribu pejabat 2-23, Sentral Business Suite, Kompleks Sentral Point, Jalan TKS 1, Kajang ini pernah menggunakan khidmat artis seperti Nad Zainal dan Fazlina Ahmad Daud.

Alhamdulillah asbab daripada kerjasama terjalin ada hikmah berharga. Nad dan Fazlina kini seperti diketahui umum juga sudah bertudung.

Kami sendiri teruja dan terharu apabila mereka diketuk hidayah selepas menunaikan tuntutan tugas untuk berhijab ketika kerjasama terjalin. Hijrah mereka sangat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana kerana perubahan sebegitu boleh berlaku sekelip mata dengan izin Allah.

Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum tanpa memahami. Kuasa penampilan artis ini sedikit sebanyak membuka mata dan mengubah perspektif terhadap wanita bertudung termasuk dari segi ketrampilan dan kekuatan untuk berjaya dan bahagia.

Dalam pada itu, jenama ini juga sudah mengeluarkan sekitar 10 produk yang mempunyai tarikan tersendiri selain sokongan lebih 5,000 ejen berdaftar.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×