berita

Doktor Dedah Minum Air Putih Secara Berlebihan Menyebabkan Sel Badan Bengkak & Diserang Sawan

November 12th, 2019 | by Shahira
Kesihatan & Hidup Aktif

Memang tidak dapat dinafikan bahawa air kosong atau air putih mempunyai banyak khasiat buat tubuh badan seseorang. Kebiasaannya, pengambilan air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah sangat penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal hidrat.

Tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya meminum air putih secara berlebihan boleh membawa kesan sebaliknya, iaitu kemudaratan kepada tubuh badan kita. Jom kita baca perkongsian daripada tiga orang doktor ini mengenai kesan pengambilan air secara berlebihan terhadap tubuh badan seseorang.

Air kencing jernih sebab terlebih air

Menurut seorang doktor, Pami Nordin pengambilan air putih secara berlebihan akan memberi beban terhadap buah pinggang sehingga menyebabkan air kencing seseorang menjadi warna putih jernih. Sesiapa sahaja yang menghadapi masalah seperti ini adalah petanda bahawa tubuh badannya mengandungi air yang berlebihan.

Menyebabkan diserang sawan

Tambahnya lagi, tiada had jumlah air yang perlu diminum oleh seseorang individu. Hal ini kerana, kuantiti air yang sepatutnya diambil oleh seseorang adalah bergantung kepada banyak faktor antaranya ialah dari segi berat badan, jantina, persekitaran dan sebagainya.

Dia juga turut berkongsi pengalamannya semasa merawat seorang pesakit perempuan yang dikatakan mengambil air putih secara berlebihan sehingga menyebabkan gadis tersebut terkena sawan. Menceritakan kisah itu, doktor ini memaklumkan bahawa gadis tersebut telah mengambil 10 liter air sehari semata-mata ingin memiliki kulit muka yang cantik dan bersih.

Sel badan boleh membengkak

 


Menurut Dr. Rafidah, pengambilan air secara berlebihan akan menyebabkan sel badan seseorang itu membengkak serta memberi kesan kepada otak. Tambahnya lagi, seseorang itu juga turut berisiko mengalami masalah sawan dan koma yang dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional).

Bersederhana dalam pemakanan

Perkongsian ini juga mendapat reaksi daripada seorang doktor yang cukup terkenal di media sosial iaitu, Dr. Nimelesh. Dia turut memberi nasihat kepada orang ramai agar mengambil pemakanan yang sederhana dan mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan.

Tambahnya lagi, pengambilan makanan secara berlebihan akan menyebabkan obesiti serta pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Sumber: Pami Nordin, Dr. Faridah, Dr. Nimelesh

SKIP THIS AD ×