berita

Doktor Haiwan Dirogol & Dibunuh Sekumpulan Lelaki, Mayat Ditemui Dalam Keadaan Rentung Di Tepi Highway

November 30th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Hyderabad, mayat seorang doktor veterinar ditemui dalam keadaan rentung dimana sebelum dibakar mangsa dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang menawarkan bantuan menukar tayar motosikalnya yang pancit.

Mangsa dalam keadaan ketakutan

 

Menerusi New Indian Express, mangsa yang dikenali dengan nama Dr. Potula Priyanka Reddy itu sedang dalam perjalanan pulang dari hospital. Mangsa didakwa telah singgah di plaza tol ORR, Tondupally untuk mengambil motosikalnya yang di parking di kawasan tersebut. Sebelum kejadian mangsa juga dikatakan ada menghubungi kakaknya, Bhavya untuk memberitahu tayar motornya pancit dan ada sekumpulan orang asing menghulurkan bantuan untuk membantunya.

Menurut kakak mangsa, dia ada menasihati adiknya itu supaya meninggalkan motosikalnya disitu dan tunggu di plaza tol berhampiran namun mangsa dikatakan tidak sempat berbuat demikian kerana dihalang oleh sekumpulan lelaki tersebut.

Menceritakan kisah itu, Bhavya ada memberitahu semasa berbual  dengan Priyanka, adiknya itu ada meminta untuk dia terus bercakap dengannya di telefon kerana adiknya berasa takut dengan kehadiran sekumpulan pemandu lori berhampiran. Namun, beberapa minit kemudian telefon adiknya itu telah dimatikan.

Identiti suspek dikenal pasti

Bimbang dengan keadaan adiknya, ahli keluarga bergegas ke plaza tol tersebut untuk mencari Priyanka tetapi malangnya mereka langsung tidak menemui mangsa. Mereka kemudian bertindak melaporkan kepada pihak polis memaklumkan tentang kehilangan adiknya itu.

Menurut pihak polis, mayat Priyanka walau bagaimanapun telah ditemui berhampiran sebuah saluran air oleh seorang penjual susu yang melalui kawasan itu. Ketika siasatan dijalankan, pihak polis berjaya menemui pakaian, sepasang kasut, dompet dan botol arak berhampiran kawasan plaza tol tersebut. Identiti Priyanka itu hanya berjaya dikenal pasti keluarga melalui loket yang dipakai.

Susulan kejadian, empat lelaki ditahan termasuk seorang pemandu lori dikenali sebagai Mohammed Pasha. Identiti kesemua suspek dikenal pasti selepas pihak berkuasa meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lokasi kejadian.

Sumber: New Indian Express, Berita Harian

SKIP THIS AD ×