berita

Doktor Jual Bayi Baru Lahir Selepas Pasangan Suami Isteri Mengaku Tak Mampu Bayar Bil Hospital

February 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Seorang doktor di Tulamba, Pakistan, bertindak sesuka hati dengan menjual bayi yang baru sahaja dilahirkan setelah ibu bapanya memaklumkan mereka tidak mampu membayar kos perubatan tersebut.

Terkejut melihat bil

Foto: Daily Star

Lapor The Star, setelah si isteri selamat melahirkan anaknya, pihak hospital segera memberi bil perubatan yang perlu dijelaskan oleh pasangan ini. Tergamam melihat jumlah yang dikenakan, pasangan ini lantas memaklumkan kepada pihak hospital yang mereka sama sekali tidak mampu untuk membayar bil tersebut.

Akibat daripada kegagalan membayar bil tersebut, seorang doktor bertindak mengambil bayi tersebut dan menjual kepada pasangan suami isteri yang menginginkan cahaya mata. Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis telah menyerbu hospital tersebut bagi menyiasat kejadian yang telah berlaku.

Tidak tahu jumlah rawatan

Sekadar Gambar Hiasan

Jelas pasangan ini, mereka sama sekali tidak mengetahui pihak hospital akan mengenakan caj perubatan yang terlampau mahal bagi proses kelahiran seorang bayi. Difahamkan, bayi tersebut telah dijual kepada seorang lelaki dikenali sebagai Faisal.

Hasil perbincangan bersama, bayi tersebut telah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya dan doktor tersebut telah ditahan bagi siasatan lanjut. Pada masa yang sama, pihak hospital juga memohon supaya pasangan itu tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap pihaknya.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×