berita

Doktor Nafi Hidu Wap Rebusan Bunga Cengkih Boleh Rawat Covid-19, ‘Sakit Pergi Hospital Segera!’

May 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak negara kita dilanda wabak COVID-19, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat kaedah tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit COVID-19 dan lebih dahsyat lagi apabila ianya lebih mujarab daripada suntikan vaksin.

Hidu wap rebusan bunga cengkih mampu sembuh COVID-19

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video yang dikatakan boleh merawat penyakit COVID-19 dengan menghidu air rebusan bunga cengkih.

Dalam video yang berdurasi dua minit lebih berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang mendakwa ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 dan telah sembuh apabila mengamalkan tips menghidu wap air rebusan bungka cengkih berkenaan.

Selain itu, lelaki berkenaan menunjukkan bagaimana cara menyediakan bahan serta untuk menghidu wap rebusan tersebut dan dia turut menyeru orang ramai agar berkongsi tips yang dikongsi olehnya itu.

Ayah pun terikut sekali

Akibat daripada penyebaran video berkenaan, ramai yang terpedaya dengan tips berkenaan khususnya golongan warga tua.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Haikal di akaun TikToknya, pemuda berkenaan seperti kecewa dengan ayahnya yang kantoi merebus bahan berkenaan dengan menggunakan water heater selepas ternampak tips berkenaan di Whatsapp Group.

@haikal_gorgeousAku kalau dapat orang yang sebarkan benda alah ni, tahu la aku nak buat apa dengan dia!!! Geram aku!!!? original sound – gojes

‘Tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin’

Ekoran daripada video yang tular itu, Dr Mahyuddin telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai tips berkenaan. Dia telah menegaskan bahawa setiap individu yang mengalami selsema, sakit tekak, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas perlu pergi ke hospital segera bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya lagi, jika ingin membantu frontliner, perlu segara ke hospital dan tidak perlu percaya tips seperti demikian dan bimbang kaedah berkenaan boleh menyebabkan kerosakan pada saluran penafasan.

Dr Mahyuddin turut mengatakan bahawa jika wap air rebusan bunga cengkih boleh merawat COVID-19 maka tidak perlu membazir jutaan ringgit untuk membeli vaksin.

Kalau boleh guna wap cengkih untuk rawat COVID-19, tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin, pusat kuarantin pesakit dan sediakan wad ICU. Baik kita belanja duit beli bunga cengkih je.

Sumber : Mahyuddin Mohamed, Haikal_gorgeous

SKIP THIS AD ×