berita

Doktor Pedofilia ‘Terkeji’ Australia Rogol, Simpan ‘Koleksi’ Video Cabul Puluhan Budak Meringkuk 35 Tahun Penjara

January 31st, 2020 | by faris
Kini Trending

Seorang pesalah pedofil warga Australia Boris Kunsevitsky yang merakam video dan gambar perlakuan seks dengan puluhan kanak-kanak berdepan hukuman penjara 35 tahun. Boris yang juga seorang doktor didapati bersalah membuat lebih 35 ribu foto dan 40 ribu video cabul melibatkan mangsa pelbagai negara sekitar Asia dan Australia.

Majoriti mangsa warga Filipina

Boris menghasilkan foto dan video berkenaan melibatkan mangsa kanak-kanak dari Filipina, Singapura, Indonesia serta Australia antara 2002 hingga 2017. Hakim Mahkamah Tinggi Melbourne John Champion menyifatkan jenayah dilakukan Boris sebagai terburuk pernah dikendalikan.

John juga melabel Boris sebagai ‘pelaku kekerasan terhadap kanak-kanak dengan kadar mengerikan’ serta nafsu seksnya ‘tak boleh dipuaskan’. Majoriti mangsa membabitkan warga Filipina selain seorang mangsa Indonesia, lima di Singapura dan seorang lagi di Melbourne, Australia.

Lakukan seks ketika mangsa tidur

Antara barang bukti dirampas adalah foto dan video kanak-kanak sedang melakukan hubungan seks sesama mereka atas perintah Boris serta video lelaki itu sendiri sedang ‘melayan’ perbuatan keji berkenaan. Dalam satu percutian ke Filipina pada 2008, Boris membuat video dan foto dia melakukan seks dengan 2 kanak-kanak 13 tahun sedang tidur.

Menurut keterangan, Boris sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang tinggal di Singapura ketika kejadian tersebut berlaku. Dia mengaku bersalah atas 59 dakwaan kekerasan seksual dan pornografi kanak-kanaak selama 15 tahun ini. Dokumen kes mendapati mangsanya melibatkan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun.

Dicekup ketika bercuti ke Australia

Pada 2007, polis Jerman menemukan 55 foto  porno kanak-kanak yang disebarkan Boris dan mengirim itu kepada polis Australia pada 2008 kerana terdapat kod Australia pada foto.

Hasil siasatan, polis berjaya mengenalpasti seorang mangsa pada 2016. Mei 2017, Boris mula didakwa di Australia, ketika dia masih tinggal di Singapura. Dia akhirnya ditangkap pada 4 September 2017 ketika bercuti ke Australia.

Sumber: CNN Indonesia

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.