berita

Doktor Pukul Bekas Isteri, Mentua Dituduh Di Mahkamah Hari Ini

September 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini viral di laman media sosial tentang perilaku keji seorang lelaki yang bertindak memukul bekas isteri dan bapa mentuanya di tempat awam. Ekoran daripada kejadian itu, lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan oleh polis namun dibebaskan atas ‘alasan’ mengalami tekanan perasaan.

Bagaimanapun terbaru menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut akhirnya akan dituduh di mahkamah hari ini.

Dituduh di mahkamah Shah Alam

Menurut laporan portal tersebut, suspek berusia 34 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan dan Sekyen 323 Kanun Keseksaan.

Sudah ditahan sebelum ini namun dibebaskan

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=EbkzQNQI8nc

Sebelum ini suspek telah memberi keterangan pada 9 September lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas dimaklumkan mengenai masalah tekanan perasaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan oleh konflik rumah tangga di antara pasangan tersebut. Dikatakan, lelaki itu telah mendera fizikal dan mental isterinya berulang-kali. Malah dia juga dikhabarkan turut mengugut untuk mengambil anak mereka daripada bekas isterinya.

Diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Sementara itu, dalam pertuduhan hari ini lelaki tersebut diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail terhadap tertuduh, Syed Ariff Syed Abdul Rahman, 34, mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dihadapinya membabitkan kejadian itu.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×