berita

Doktor Rayu Tambah Bilangan Petugas Kesihatan Di Hospital, Bukan Hanya Tambah Katil

July 8th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Saban hari, wabak COVID-19 kian menular walaupun hampir lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh telah dilaksanakan. Kini, kes harian COVID-19 di negara kita masih lagi mencecah empat angka dan masih lagi tiada sebarang tanda penurunan sehingga kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan terpilih.

Tiada ruang lagi di dalam HTAR

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh Dr. Arisman di akaun Facebook, dia berasa bimbang apabila melihat pesakit-pesakit COVID-19 terpaksa ditempatkan di luar Jabatan Kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kerana sudah tiada ruang lagi di dalam hospital berkenaan.

Mesej yang baru saya terima. Pesakit-pesakit COVID-19 sudah mula diletakkan di luar Jabatan Kecemasan HTAR Klang kerana sudah terlalu penuh.

Bagaimana nak bantu mereka? Total lockdown kita bulan Jun kelmarin adalah sia-sia dan GAGAL. Gagal!!!

Setelah melihat situasi pahit itu, Dr Arisman merayu kepada pihak berwajib agar menambahkan lagi petugas-petugas kesihatan di HTAR bagi membantu petugas yang berada di sana untuk mengurangkan kes COVID seperti yang dilakukan di Sabah pada tahun lepas.

Tambahnya, dia berasa sangat sedih apabila hampir setiap hari menerima gambar serta video mengenai keadaan di Jabatan Kecemasan setiap hospital di negara kita.

Sesak Teruk. Sedih sangat.. sakit hati saya mungkin lebih sakit dan tajam pedihnya pada bahu yang memikulnya lagi. Terima kasih FRONTLINER.

Jangan tambah katil kalau tak nak tambah petugas kesihatan

Menerusi perkongsian terbarunya, Dr. Arisman menegaskan bahawa pihak berwajib perlu menambahkan bilangan bertugas dan bukannya menambah katil kerana pesakit bukan ingin baring di katil hospital jika tiada perawat yang hendak periksa.

Mereka (pesakit COVID-19) tidak mengharapkan perawat terus menerus disamping mereka, rakyat faham jika melihat senario begini. Tapi kalau sampai habis syif waktu kerja pun tiada perawat yang datang kepada mereka, apa dah jadi sebenarnya?

Jelasnya lagi, hampir semua hospital di Lembah Klang sedang mengalami kesesakkan akibat ramai pesakit dan dengan menambahkan kakitangan kesihatan mampu membantu untuk memberikan rawatan semaksimalnya.

Kes pesakit meninggal di atas bench atau di atas lantai sepatutnya tidak berlaku dalam negara kita sekarang. Kita masih mampu sebenarnya sekiranya seluruh rakyat saling membantu.

Sumber : Dr. Arisman, MD

SKIP THIS AD ×