berita

Doktor Terkejut Jumpa Lapan Bilah Jarum Dalam Perut Kanak-Kanak Dua Tahun

November 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun menelan lapan bilah jarum semasa bermain di ladang tempat ibunya bekerja.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Sesuatu Menusuk Mulut’ – Pelanggan Terkejut Jumpa Kaki Tikus Dalam Sup

Artikel Berkaitan: 20 Tahun Tanggung Derita Disihir, Alat Sulit Tash Yong Pernah Berdarah Selama 6 Bulan – ‘Saya Tahu Orangnya’

Makan secara tidak sengaja

Menerusi laporan Thaiger News, ketika kejadian, kanak-kanak tersebut sedang bermain di ladang apabila dia termakan jarum secara tidak sengaja.

Ibu kanak-kanak itu segera membawanya ke hospital dan apabila tiba sahaja di hospital, doktor terkejut apabila mendapati lapan bilah jarum berada di dalam perutnya di mana dua berada di sebelah kanan selaput perut, tiga di kiri, satu di dinding perut, dan dua di antara pundi kencing dan usus.

Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan segera yang mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan semua jarum dengan jayanya.

Sementara itu, ibunya mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa pembedahan tersebut, kanak-kanak itu akan menjadi lebih teruk.

Menurut ibu kanak-kanak itu, jarum tersebut digunakan untuk memvaksin haiwan ternakan dan dia menganggap jarum itu telah ditinggalkan secara tidak sengaja oleh pekerja ladang.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×