Penyanyi, Tasha Manshahar memaklumkan bahawa kedua ibu bapanya iaitu Mohd Manshahar dan Herina Wong Abdullah telah disahkan positif Covid-19, baru-baru ini. Tambah Tasha Manshahar, ibunya kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang.
Kena ‘tidurkan’ dia
Terima kasih semua untuk doa-doa kalian. Wallahi tak tahu nak balas macam mana, tapi saya doa Allah beri ganjaran pahala yang besar atas kesudian kalian mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kedua ibu bapa saya.
Menurut Tasha, ayahnya kini berada dalam keadaan baik. Cuma, ibunya pula mengalami jangkitan di paru-paru. Oleh itu, bekalan oksigen dalam badan ibunya berada dalam paras yang tidak baik. Tambah Tasha, doktor terpaksa ‘tidurkan’ ibunya buat sementara waktu dan masukkan sebuah tiub bagi membantu ibunya bernafas sehingga stabil.
Sebagai anak, Tasha tidak menyangka keadaan ibunya akan menjadi sebegitu teruk. Ujarnya lagi, ibunya kelihatan baik pada waktu awal sebelum dimasukkan ke dalam wad.
Doa senjata orang mukmin
Apa-apaun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah. Sebab itu saya minta sangat doa semua. Doakan senjata orang mukmin. Mummy pun kuat semangat. Tapi itulah, dalam keadaan mencuba untuk kuat, kadang-kadang kita lemah juga. Perlukan motivasi. Tapi, Insyallah saya percaya semuanya akan baik.
Di akhir perkongsiannya, Tasha memohon doa daripada semua pihak agar ibunya kembali sihat. Di samping itu, dia memberi ucapan terima kasih buat semua yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kesihatan ibu dan ayahnya.
Sumber: Tasha Manshahar