
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen pengenalan diri boleh mendapatkan penggantian secara percuma.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Jenazah Mualaf Dibakar, Shaniena Natasya Gesa Tukar Status Agama Di JPN – ‘Dekat Dunia Kita Mungkin Terlepas’
Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Ini Miliki Nama Paling Pendek Di Dunia?
Percuma
Menerusi perkongsian di Facebook, JPN berkata penggantian dokumen itu termasuk MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Kematian, Sijil Perkahwinan (Sivil), Sijil Kewarganegaraan serta lain-lain dokumen rasmi JPN.
Selain itu, perkhidmatan Bas, Van dan Kenderaan Pacuan 4 Roda MEKAR akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas sebaik sahaja lokasi tersebut dapat diakses bagi memudahkan urusan orang ramai untuk memohon gantian dokumen pengenalan diri.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut menitipkan pesanan agar mereka yang terlibat dengan banjir supaya mengutamakan keselamatan diri.
Insya-Allah Kementerian Dalam Negeri (KDN) & agensi-agensi terkait akan membantu mempermudahkan urusan dokumen diri rakyat Malaysia yang terkesan dengan cabaran, seperti musibah banjir yang besar sekarang ini.
Katanya, bagi memudahkan urusan rakyat, JPN juga akan menggerakkan perkhidmatan penggantian secara mudah alih ke kawasan terjejas sebaik sahaja laluan selamat dapat diakses.