Kumpulan Dolla memaklumkan mereka tidak merancang untuk merakam semula muzik video berjudul Question ekoran isu yang melibatkan penampilan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lorenzo Irmann Hargai Usaha Dolla, Akur Dengan Keputusan Video Muzik Perlu ‘Take Down’

Artikel Berkaitan: Dolla Mohon Maaf Batal Konsert, Ganti Dengan ‘Meet & Greet’ – ‘Kami Rindu Nak Jumpa Peminat’

Faktor kos

Ketika ditemui OhBulan!, Angel atau nama sebenarnya Angelina Chai Ka Ying, 25, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kos produksi.

Menurutnya, muzik video berkenaan masih boleh ditonton oleh peminat di luar negara.

Tetapi untuk peminat di Malaysia masih ada video latihan menari untuk lagu Question.

Setakat ini, kami masih tiada apa-apa perancangan untuk merakam semula muzik video tersebut kerana kami tahu ada penonton luar negara yang masih boleh tonton.

Sehingga hari ini, jumlah tontonan sudah mencecah 400,000 tontonan untuk video tersebut di luar negara.

Tetapi untuk peminat di Malaysia masih ada video latihan menari untuk lagi Question.

Angel berkata demikian ketika ditemui selepas selesai acara Meet And Greet bersama peminat iDolla yang berlangsung di Sunway Pyramid, pada Sabtu.

Keputusan yang terbaik

Berkongsi lebih lanjut, Angel meluahkan rasa teruja apabila terdapat peminat luar negara mempromosikan lagu berkenaan menerusi ‘dance cover’.

Kami sangat bersyukur sebab ramai yang lakukan video menari ikut muzik video.

Segala usaha mereka seperti ‘lip sync’ bukan sesuatu yang mudah.

Saya rasa peminat di Jerman dan Rusia perlu belajar bahasa kita.

Sementara itu, Sabronzo pula berpendapat keputusan untuk tidak merakam semula muzik video berkenaan adalah pilihan yang paling tepat.

Kami percaya menurunkan muzik video itu adalah usaha terbaik yang kami lakukan.

Sekarang kami hanya mahu fokus ke hadapan.

Imbas kembali, Universal Music Malaysia telah menarik turun video muzik terbaharu Dolla dari semua platform digital selepas timbul kritikan terhadap penampilan ahli kumpulan yang dikatakan mencolok mata.

Tindakan itu diambil susulan teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyatakan kebimbangan mengenai pemakaian artis Muslim yang didakwa tidak mematuhi garis panduan.