berita

‘Don’t Be Too Quick To Judge’ – Asyraf Khalid Tampil ‘Back-Up’ Aazief Khalid & Sharifah Rose

September 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Viral di laman Twitter menyaksikan rata-rata netizen membangkitkan isu mengenai kapsyen dan foto yang telah dimuatnaik anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid. Rata-rata kurang bersetuju dengan kapsyen yang dimuatnaik dalam foto Aazief bersama personaliti media sosial Sharifah Rose.

Namun begitu, Aazief telah tampil menjelaskan mengenai kapsyen yang ditulisnya dan abang kepada Aazief iaitu Asyraf Khalid juga respon terhadap hubungan adiknya itu bersama Sharifah Rose.

Kapsyen Aazief Khalid

Bagaimanapun, ruangan komen pada foto ini telah pun ditutup setelah Aazief Khalid meninggalkan respon yang agak panjang bagi menjelaskan kapsyen yang telah dimuatnaik. Begitu juga laman Instagram Sharifah Rose yang turut ditutup ruangan komen.

Let me clarify a few things

Aazief Khalid tampil menjelaskan mengenai kapsyen yang dimuatnaik dalam fotonya bersama Sharifah Rose setelah akaun Instagramnya mulai ‘diserang’ netizen. Difahamkan foto itu menyaksikan mereka berdua sedang berniaga makanan berbentuk maggie di booth di Angsana Johor Bahru Mall.

Dia turut memohon maaf sekiranya kapsyen yang dimuatnaik menyebabkan salah faham kepada segelintir pihak dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

I will support whatever my brother decides

Sementara itu, abang kepada Aazief Khalid iaitu Asyraf Khalid turut beri respon terhadap situasi dan hubungan adiknya itu bersama personaliti media sosia. Menerusi IG Stories Asyraf Khalid sendiri menyifatkan adik lelakinya itu masih muda dan memerlukan masa untuk berkenalan dengan seseorang.

Sebagai abang kandung kepada Aazief, dia tetap akan menyokong apa-apa juga keputusan yang akan dilakukan adiknya. Dia hanya mampu untuk memberikan nasihat yang baik-baik sahaja.

Don’t be too quick to judge

Asyraf Khalid turut menjawab pertanyaan netizen mengenai kecaman yang dihadapi Aazief menjalin hubungan bersama Sharifah Rose. Tidak dinafikan, Asyraf turut bersimpati dengan keadaan adiknya itu. Tidak semua perkara perlu didedahkan kepada umum.

Malah, dia menyifatkan netizen tidak mengetahui perkara sebenar dan sering membuat andaian sendiri berdasarkan info yang netizen tahu sahaja. Asyraf turut menyeru agar netizen untuk henti melemparkan kecaman buat Aazief dan Sharifah Roze, jangan terlalu cepat untuk menilai sesuatu.

Sumber: Asyraf Khalid, Aazief Khalid

SKIP THIS AD ×