
Isteri kepada peserta Gegar Vaganza 12 (GV12) Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak makan secara berdikari sejak di awal usia bayi lagi.
Artikel Berkaitan: Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’
Artikel Berkaitan: ‘Adakah Ini Cara Awak Pilih Untuk Menyakiti Saya?’ – Dr Afifah Luah Rasa Hati, Rayu Nubhan Pilih Untuk Berdamai
Cara didik anak

Menerusi perkongsian di Threads, Afifah menjelaskan bahawa pendekatan tersebut diambil untuk memberi pendedahkan awal supaya anak-anaknya menjadi lebih berdikari.
Saya mula menggalakkan anak kecil saya untuk makan sendiri pada usia enam bulan.
Bukan kerana saya ingin tergesa-gesa, tetapi kerana saya percaya sikap berdikari bermula awal dan jika kehidupan sentiasa tidak menentu, sekurang-kurangnya anak-anak kita tahu bagaimana untuk menjaga diri mereka.
Menurut Afifah, dia mempratikkan konsep baby-led weaning terhadap anak-anak selepas membuat rujukan dengan teliti mengenainya.
Sebagai seorang ibu, saya telah menghabiskan banyak masa untuk belajar dan membuat penyelidikan tentang cara memberikan permulaan yang terbaik untuk anak-anak saya.
Saya menemui konsep ‘baby-led weaning’ (bayi makan sendiri) bersama Aaffan tetapi dengan Afzan, saya memulakan seawal usia enam bulan.
Usaha seorang ibu
Dalam masa yang sama, Afifah menekankan bahawa bukan mudah untuk menjadi ibu kerana ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
‘Motherhood’ tidak selalunya datang secara semula jadi kadangkala ia memerlukan usaha, kesabaran dan kemahuan untuk belajar.
Akhirnya, saya menemui keseimbangan antara cara tradisional dan pendekatan moden, dan itu sangat okey.
P/s : yang kata saya tak suap anak tu tahu ke teknik ni?
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

