
Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah, berkongsi salah satu tip berguna yang diperolehnya tentang cara mengurangkan pengambilan susu oleh anak.
Artikel Berkaitan: PA Dr Afifah Dedah Kisah Sebenar Libatkan Orang Ketiga – ‘Awak Langsung Tidak Minta Maaf Selepas Maki Ibu Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Nubhan Seorang Abah Yang Baik’ – Dr Afifah Tak Halang Anak-Anak Bertemu Keluarga Mentua
Tips dari doktor gigi

Menurut Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Fie, antara langkah yang dibuat adalah dengan menukar secara berperingkat kepada susu segar.
Perlahan-lahan tukarkan kepada susu segar. Bukan susu strawberry atau susu chocolate. Cuma susu segar, yang tepung.
Susu tepung itu, buatkan lebih tawar dengan lebihkan air.
Lama-lama anak pun tak suka sebab susu segar lebih sedap.
Dr Fie berkongsi pandangan itu ketika pempengaruh Nur Salihah bertanyakan tentang cara mengurangkan anak minum susu.
Kurangkan susu

Kata Salihah, anaknya kini berada pada fasa di mana penjagaan gigi perlu diberi perhatian serius.
Macam mana cara nak kurangkan toddler minum susu?
Kita dah masuk fasa nak kena jaga giginya pula. Giginya dah ada cavities.
Gosok gigi dua kali sehari tapi rasa sebab banyak minum susu ni pun punca.
Sumber: Threads








