berita

Dr Akmal Ditahan, Diminta Bantu Siasatan Akta Hasutan & Komunikasi

April 5th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Ketua Pemuda UMNO yang juga EXCO Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kamu Nak Lihat Kemarahan Rakyat Malaysia Kan? Sila Tunggu Produk Kamu Akan Diboikot’ – Dr Muhamad Akmal Saleh

Dua laporan polis

Memetik laporan BH Online, Razarudin memberitahu Dr Akmal ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah pagi ini susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya tentang isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Tambah Razarudin, Dr Akmal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bagi membolehkan siasatan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah dijalankan.

Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara selepas semua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi Facebook mengesahkan beliau ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya sambil bertegas, tidak akan berganjak walau seinci daripada pendiriannya.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×