
Personaliti media sosial, Dr Fie meluahkan rasa terharu dengan sikap suaminya yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang mereka membuat persiapan perkahwinan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan
Dr Fie berterima kasih dekat suami

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie atau nama sebenarnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, menyifatkan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar seorang yang cukup bertolak ansur meskipun perlu mengikut pelbagai perancangannya.
Terima kasih sebab sangat sporting sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kita. Saya tahu semuanya agak sibuk, penat dan kadangkala membebankan, tetapi awak tak pernah merungut, apatah lagi nak bertekak dengan saya. Awak hanya mengikut perancangan dan menyokong apa sahaja yang keluarga serta saya rancang.
Selain itu, Dr Fie turut berterima kasih kerana suaminya sudi menyertai aktiviti menghasilkan kandungan media sosial bersamanya.
Malah, suaminya juga tidak pernah menunjukkan rasa bosan meskipun perlu meluangkan masa berjam-jam untuk sesi rakaman video dan fotografi.
Saya sangat menghargai kesudian awak untuk turut serta menghasilkan kandungan bersama saya.
Terima kasih sebab tak pernah buat saya rasa bersalah dengan kerja dan minat yang saya lakukan.
Terima kasih sebab sentiasa tenang dan sabar melayan sesi video dan fotografi saya yang mengambil masa berjam-jam. Dari satu sudut ke satu sudut, dari satu video ke video yang lain, awak tetap melayan.
Dr Fie meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang memahami, penyabar dan sentiasa menyokong segala perancangan serta minatnya.
Dan paling saya hargai, terima kasih untuk kejutan dan momen manis apabila awak memusingkan gaun pengantin saya yang cantik itu.
Nampak seperti perkara kecil tetapi percayalah, momen seperti itu sangat bermakna untuk saya. Perkara kecil itulah yang menjadikan semuanya begitu istimewa.
Saya tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea saya sepanjang persiapan ini. Tetapi awak menjadikan keseluruhan perjalanan ini lebih manis.
Terima kasih kerana menjadi penyokong terbesar saya, pasangan dalam setiap pengembaraan kecil dan kini, suami saya. Saya sayangkan awak.
Untuk rekod, Dr Fie mendirikan rumah tangga dengan Amrul pada 1 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat selepas tiga bulan bertunang.
Sebelum ini, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)

