
Pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi, Prof. Dr. Imelda Balchin mengingatkan orang ramai khususnya ibu hamil, agar tidak terlalu taasub untuk mendapatkan bayi berkulit cerah sehingga sanggup mencuba pelbagai kaedah yang khurafat.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ikut Adat Berpantang Punca Bentan, Meroyan & Suami Cari Lain’ – Fakta Atau Mitos?
Air kelapa
View on Threads
Kata Dr. Imelda, dia terpanggil untuk memberikan respon selepas membaca satu perkongsian mengenai seorang ibu yang mendakwa dia mengamalkan minum air kelapa ketika hamil dengan tujuan untuk mendapatkan bayi berkulit cerah.
Dr. Imelda menasihatkan agar para ibu hamil tidak mudah mempercayai mitos atau petua yang didakwa mampu mempengaruhi warna kulit bayi.
Katanya, semua warna kulit adalah cantik dan perlu dihargai tanpa mengira tona atau perbezaannya.
Jangan jadi rasis. Kulit hitam pun cantik. Jangan sesekali kata kulit putih lebih cantik dan menunjuk sebab putih.
Jangan ajar anak-anak jadi rasis. Kulit hitam ke, putih ke, semua sayang sama rata dan sama baik.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr. Imelda berkata warna kulit bayi ditentukan oleh faktor genetik atau keturunan, bukannya hasil daripada pengambilan makanan tertentu sepanjang kehamilan.
Tak payah cari makanan untuk memutihkan anak, kita panggil ni vanity. Lagipun warna kulit diturunkan oleh baka keluarga, bukan makanan.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)


