Pegawai perubatan dan personaliti media sosial, Dr Malar memilih untuk tidak lagi mengungkit isu sebelum ini mengaitkan dirinya dengan dakwaan merendahkan golongan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan: Isu Didakwa Merendahkan Golongan SPM, Dr Malar Mohon Maaf Kepada Faiz Soul – ‘Jika Mahu Unfollow Saya Terima’

Let’s move on

Menerusi perkongsian di platform Threads, Dr Malar memaklumkan dia sudah menutup episod tersebut dan kini mahu memberi tumpuan kepada kehidupan yang lebih tenang bersama keluarga.

Menurutnya, bagi melepaskan tekanan dan melupakan perkara yang tidak menyenangkan itu, dia bersama suami serta anak-anak mengambil keputusan untuk bercuti sambil meluangkan masa berkualiti bersama.

Let’s move on. Percutian yang dah dirancang lama. Kebetulan masa yang memang kami perlukan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun, Dr Malar mengakui kontroversi yang tercetus sebelum ini turut memberi kesan emosi kepada dua orang anaknya.

Bila saya menangis buat video sebelum ini, anak-anak pun terkesan sama terutama ayah mereka yang tiada bersama pada waktu tersebut. Doakan ketenangan buat saya.

Terdahulu, Dr Malar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pempengaruh media sosial, Faiz Soul, susulan kenyataannya yang didakwa merendahkan individu yang hanya memiliki kelulusan SPM.

Dr Malar mengakui penggunaan perkataan yang kurang tepat telah mencetuskan salah faham, sekali gus mengundang kecaman segelintir pihak.

Sebelum ini, Dr Malar memuat naik kenyataan bagi mengulas isu Faiz Soul yang diundang merasmikan sebuah majlis akademik di sebuah sekolah.

Sumber: Threads