berita

Dr Zulkifli Kecewa, Seru Umat Islam Hidupkan Semula Masjid & Surau

June 17th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua rumah ibadat termasuk masjid dan surau tidak menerima kehadiran jemaah bagi mengelakkan penularan wabak pandemik COVID-19. Perkara ini telah menyebabkan ramai di antara kita gelisah dengan penutupan rumah-rumah ibadat.

Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad menerusi laman Twitter meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran jemaah ke masjid kurang memberangsangkan.

Jemaah kurang memberangsangkan

Beliau menyeru agar masyarakat terutamanya penganut agama Islam untuk mengimarahkan masjid dengan mengerjakan solat fardu berjemaah dan aktiviti ibadah. Ustaz Hamdan yang merupakan salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menyifatkan kehadiran jemaah kurang memberangsangkan. Meskipun, kini kita sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pastikan patuhi SOP

Bagaimanapun, Dr Zulkifli menegaskan agar kita semua terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial. Tambahnya lagi, masjid dan surau telah diklasifikasikan dalam zon hijau.

Masjid dan surau telah dibuka

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad

SKIP THIS AD ×