
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan hukum bagi individu yang menderma organ.
Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Perjelas Sebab Terbalikkan Tangan Ketika Berdoa Di Majlis Nikah Syed Saddiq & Bella Astillah
Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Kegembiraan Kita Jadi Kesusahan Orang Lain’ – Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat Ahli RXZ
Hukum derma organ
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dr Zulkifli menegaskan bahawa hukum pendermaan organ dan tisu dalam Islam adalah harus.
Bagaimanapun, terdapat tujuh syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan urusan pendermaan dan pemindahan organ dilaksanakan mengikut ketetapan syarak.
Pandangan saya semasa menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kini, kami berpegang dengan hukum pendermaan organ dan tisu adalah HARUS dan amat digalakkan.
1. Hendaklah penderma telah memberi keizinan sebelum kematiannya dalam keadaan berakal, baligh dan tanpa paksaan, atau mendapat keizinan walinya selepas kematiannya.
2. Hendaklah terbukti dan meyakinkan bahawa pemindahan itu akan berhasil pada umumnya.
3. Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk tujuan perubatan dan bukan untuk maksud atau tujuan lain.
4. Tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
5. Hendaklah pemindahan organ dilakukan atas keperluan darurat atau keperluan syarie yang disahkan oleh pakar perubatan, apabila tiada alternatif lain untuk menyelamatkan pesakit.
6. Pemindahan organ tidak boleh melibatkan organ reproduktif yang boleh menyebabkan percampuran nasab keturunan.
7. Pemindahan organ hendaklah dilakukan di pusat perubatan bertauliah tanpa unsur jual beli serta dilaksanakan secara adil tanpa diskriminasi antara golongan kaya dan miskin.
Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua individu yang telah mendaftar sebagai penderma organ.
Ujarnya, sumbangan tersebut secara tidak langsung memberikan peluang kepada insan lain untuk meneruskan kehidupan melalui pendermaan organ.
Sumber: Threads








