
Drama bersiri Doa Yang Terlindung terus mencatat kejayaan luar biasa, menjadi salah satu tajuk paling berpengaruh di slot Akasia TV3.
Artikel Berkaitan: RR2026: Jwanjih Drama Sajikan Kandungan Eksklusif Sepanjang Ramadan & Raya Di TV3 & Tonton
Artikel Berkaitan: Bukti Kehebatan Aktres TV Popular ABPBH 37! Emma Maembong Taruh Emosi Dalam ‘Santau Perempuan Terlarang’
Terus ‘trending’
Sejak ditayangkan, drama ini konsisten menarik perhatian penonton dan kekal trending di pelbagai platform digital, termasuk iQIYI.
Kehebatan drama ini jelas terserlah apabila setiap episod mencatat tontonan melebihi 4 juta penonton, menunjukkan sambutan hangat terhadap jalan cerita yang berani dan relevan.
Di media sosial pula, naskhah ini mencetuskan perbualan meluas dengan 600 juta capaian keseluruhan, termasuk perkongsian klip episod, reaksi emosi penonton, dan perbincangan mingguan yang berterusan.
Dalam pada itu, sokongan penonton digital turut memainkan peranan penting, kerana episod baharu boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, hanya satu jam selepas tayangan di TV3.
Strategi ini berjaya menjangkau audiens lebih luas dan memastikan perbualan hangat tentang drama ini terus berlanjutan di media sosial.
Konflik memuncak
Menjelang minggu-minggu terakhir, drama Doa Yang Terlindung dijangka terus mencatat momentum tinggi apabila konflik semakin memuncak dan penonton menanti jawapan kepada persoalan yang selama ini membangkitkan rasa ingin tahu.
Dengan anggaran tontonan 5 juta penonton untuk minggu penutup, drama ini dijangka memberikan kesan mendalam kepada penonton setianya.
Dengan pencapaian cemerlang di kaca TV dan platform digital, Doa Yang Terlindung kini bukan sekadar drama biasa, tetapi fenomena yang menyatukan emosi penonton menjelang episod akhir.
Setiap babak yang bakal disiarkan semakin dinanti, menjadikan penantian penonton lebih mendebarkan.
Saksikan minggu terakhir Doa Yang Terlindung, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
Episod baharu juga boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas tayangan di TV3, sama ada melalui laman web atau aplikasi iQIYI di Google Play dan App Store.
Bagi mendapatkan sebarang info terkini dan kandungan eksklusif, ikuti TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat @dramasangat.