berita

Drama-Drama Family Besar Nak Sambut Raya! Uittt, Kalut!

June 8th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Gambar FB: Baharuddin Mohamed

Kalau korang ni memang dari keluarga yang besar, korang akan tahu dan faham betapa banyaknya drama yang timbul. Ada je yang tak kena. Kadang-kadang tu nak pilih tempat makan pun boleh jadi isu tau. Adik tak suka kedai tu, angah pulak suka, along dan uda jawapannya sama je, tak kisah.

Mak bapak tak payah cerita lah memang serabut melayan anak-anak. Dekat bawah ni admin ada listkan drama-drama keluarga besar nak sambut raya pulak.

Drama sebelum raya..

Nak set date nak pergi beli barang dan baju raya pun dah susah betul. Bila dapat tarikh, terus je pergi.  Tapi ada drama lain pulak…antaranya:

  • Mesti ada sorang yang tak jumpa baju yang dia nak atau size tak ada

Elok je mak dan abah set pukul berapa nak balik, tiba-tiba ada sorang datang cakap tak ada size baju..dah kena extend timeshopping pulak..

  • Mesti sedondon!

Mak nak warna pink, abah nak warna ungu. Ni belum lagi yang anak-anak dia nak warna lain lah apa. Lagi-lagi bila susah nak jumpa warna tu, rasa nak give up, beli je colour apa yang ada.

  • Abah kasi duit suruh beli baju, seluar.. dia pergi beli barang lain..

Yang ini paling selalu jadi, abah kasi duit suruh beli kelengkapan raya lah. Eh, tiba-tiba dia bawak CD game pergi kaunter! Satu CD dah RM100+! Memang carik nahas lah dik oiii…

Drama on-the-way balik kampung!

Ya ampun ini pun boleh jadikan drama. Ingat time on the way balik kampung tu tenang ke? Tak jugak tau..

  • Adik-beradik bergaduh dalam kereta

Dekat atau jauh, sama je. Mesti tiba-tiba ada yang bergaduh dekat belakang. tak pun tengah senyap-senyap,tiba-tiba dengar nangis je. Ah susah, bergaduh lah tu..

  • Nak berhenti RnR!!

Kadang-kadang kalau duduk lama dalam kereta kan boleh jadi lapar dan penat kan? Tapi masalahnya.. kawasan RnR selalu penuh! Time-time ni lah diorang nak beli buah lah, nak kacang , nak air itu ini. Tapi yang comelnya, mak dan abah layankan jelah tunggu anak-anak beli makanan.

  • Nyanyi lagu raya sama-sama!

Walaupun banyak drama tapi part nyanyi lagu raya sama-sama ni memang memorable sangat lah. Rasa macam disayangi dan bertuah sebab masih ada mak, abah dan adik-beradik…

Drama dah dekat kampung! Ini paling kalut!

  • Berebut tempat tidur!

Mesti akan ada satu tempat tidur yang memang favourite semua orang. Kalau lambat cop, ha memang tak dapatlah. Tu satu hal, bantal, selimut pun kene berebut jugak dengan sedara mara!

  • Buka puasa last day sama-sama!

Walaupun riuh, tapi time buka puasa last day ni lah yang paling best. Lauk dari hujung sana kehujung sini. Semua lauk ada. Ayam , ikan, sotong cakap je, semua ada! Time ni boleh minta nenek masak lauk favourite korang~

Drama pagi raya!

Video Youtube: Zamnazlan Zainalin

  • Salam raya timeee!

Time nak salam raya tu, macam semut! Paling kena attack mestilah nenek! Lepas tu, diikuti pakcik dan makcik ikut pangkat. Rasa seronok tu tak kira lah! Berebut-rebut sampai terpijak kaki lah, terpijak baju. Macam-macam..

  • Tukar-tukar naik kereta

Time pergi sembahyang naik kete abah, balik tukar pulak naik kete pak uda. Elok habis je sesi tu, semua kete dia dah merasa! Memang excited betul!

Walaupun banyak drama, tapi itu yang buatkan raya ni lagi bermakna!

Semua kenangan ni korang akan rasa  time raya je tu. Segala kekalutan dirasai ni memang menjadi kenangan terindah bila korang dah meningkat usia nanti. Ha, nak tahu macam mana korang boleh jadikan raya ni lagi bermakna? Jom abadikan kenangan korang ni dengan masuk contest Jalan Cerita Raya Toyota ni!

Cara-caranya senang je! Tengok kat bawah ni

  • Hanya upload (1) gambar moment nostalgik bersama Toyota lama korang di Facebook atau Instagram dengan jalan cerita yang paling win!
  • Contest berlangsung dari 12 Jun 2018 hingga 29 Jun 2018
  • Tag #JalanCeritaRaya dan @toyotamy.
  • Caption dan gambar yang paling best akan memenangi:

Grand Prize:  One day trip dengan Altimet sambil menaiki kereta Toyota CHR + 4 tiket ke Good Vibes Festival

Hadiah Utama: 18 x Tiket Good Vibes untuk dua orang

Hadah Sagu Hati: 10 pen CROSS + Payung / 10 Jam Toyota

Maklumat lanjut korang boleh klik kat sini!

Sambil-sambil tu, ha korang tengok lah video raya dari Toyota ni. Macam-macam kereta Toyota ada dalam ni, dari Lite-ace ke C-HR baharu yg merecik tu. Memang menyayat hati tau. Pilu je admin rasa. Kadang-kadang apa yang kita ingat tak ada apa-apa tu sebenarnya besar kepada ibu bapa kita..

SKIP THIS AD ×