berita

Drama Hadiah Dari Tuhan Papar Realiti Kehidupan Berbeza Masyarakat Saat Wabak Covid-19

December 28th, 2020 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

2020 merupakan tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia, tapi apa yang kita mungkin tak perasan ialah kekuatan dan semangat juang yang telah kita bina untuk melawan Covid-19. Terutamanya, bagi petugas barisan hadapan yang sentiasa siap siaga demi kesejahteraan negara.

Pelbagai usaha diambil bagi mengekang penyebaran dan kehidupan kita juga berubah 360 darjah. Penjarakan fizikal, penjagaan kebersihan, aktiviti sosial diberhentikan, semua ini pastinya memberikan impak kurang sihat kepada ekonomi, psikologi, sosial dan emosi.

Realiti yang berlaku sepanjang 2020

Media Prima menerusi slot Lestary TV3 tampil dengan drama bersiri pertama berkisarkan tentang wabak Covid-19. Drama berjudul Hadiah Dari Tuhan ini mengisahkan pergolakkan hidup 3 remaja dari latar belakang dan taraf kehidupan berbeza menempuhi suka duka ketika Malaysia diambang serangan wabak Covid-19.

Menampilkan barisan pelakon seperti Syafi Tee (Qul Fattah), Riena Diana (Ika Nabila), Sophia Barakbah (Bella Roselina), Amy Mastura, Fezrul Khan, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi dan ramai lagi, drama ini pasti akan buat korang lebih empati kerana setiap daripada kita ada struggle yang berbeza.

Di sini, kita dapat lihat bagaimana Qul diuji apabila dia kehilangan kerja selain dapat tahu adik dan neneknya disahkan positif Covid-19. Dia juga dituduh penduduk sekitar sebagai punca penularan kes di kawasan tempat tinggalnya. 

Ika pula yang sememangnya rapat dengan ibunya, terpaksa mengharungi hidup sebagai anak kepada frontliner yang terdedah dengan bahaya. Kerinduan dan kerisauan yang dia rasa hanya Tuhan saja yang tahu. 

Manakala Bella yang nampak bertuah lahir dalam keluarga senang pula kecewa dengan sikap ibu bapanya yang pentingkan kerja berbanding dirinya. Bella makin tertekan dan terganggu apabila menerima tetamu tak diundang di rumah.

Adakah sinar di penghujung jalan?

Betul ke Qul yang jadi punca penyebaran kes dekat kawasan tempat tinggalnya? Siapa yang jadi tetamu tak diundang Bella dan apakah kesudahan drama ini?

Haaa… Kalau nak tahu kesudahanya, korang kenalah tengok sendiri drama terbaru Hadiah Dari Tuhan. Tak sabar pulak kami nak tengok drama ni. Maklumlah, ini drama kemunculan semula Amy Mastura untuk waktu primetime sejak 2017 dan kali pertama Amy pegang watak petugas barisan hadapan.

Hadiah Dari Tuhan akan bermula 30 Disember 2020 jam 9 malam di TV3 dan ia akan ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu. Nantikan okay!

Alamak, terlepaslah pulak! Macam mana ni?

Jangan risau guys! Kalau terlepas nak tengok dekat kaca TV, korang boleh je layan drama Hadiah Dari Tuhan secara PERCUMA dan EKSKLUSIF di iQIYI pada bila-bila masa. Drama ini akan ada sejam selepas ditayangkan di TV iaitu pada jam 10 malam setiap Rabu hingga Sabtu bermula 30 Disember ni.

Apa yang syoknya di iQIYI, korang boleh layan drama atau filem kegemaran pada bila-bila masa, di mana saja secara percuma. Nak tengok kat phone, laptop atau TV, semuanya boleh! Korang busy? Takde hal.. Muat turun je drama yang korang nak layan dan tengok kemudian walaupun tanpa sambungan internet!

Selain tu, semua drama dan filem disediakan sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Maklumlah, kadang-kadang dialog sesetengah babak agak laju. Dengan adanya sarikata mudahlah sikit! Tak payah korang rewind semata-mata nak dengar dialog je.

Jom download iQIYI sekarang!

Tunggu apa lagi guys? Nantikan drama Hadiah Dari Tuhan secara percuma dan eksklusif di iQIYI. Muat turun aplikasi iQIYI sekarang atau layari iQ.com untuk menonton cerita pilihan korang!

The following two tabs change content below.

×