Foto: annajobling
Drama popular Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3 kini sudah hampir ke penghujungnya. Drama yang menampilkan gandingan sulung bakat baharu, iaitu Meerqeen dan Anna Jobling itu dilihat sangat serasi. Drama yang penuh dengan adegan ‘sweet’ dan plot twist itu menjadi perhatian pencinta drama tempatan.
Anna luah rasa syukur & terima kasih
Foto: annajobling
Hari ini merupakan episod akhir bagi drama Melur Untuk Firdaus. Pelakon utamanya iaitu Anna Jobling dilihat telah memuat naik satu hantaran video yang memaparkan rangkuman sepanjang perjalanan sesi pengambaran drama tersebut menerusi laman IG miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Anna sempat meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kerana lakonan dalam dramanya mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia malah di negara seberang juga.
Kepada semua orang yang saya habiskan selama 5 bulan semasa menghasilkan Melur Untuk Firdaus (MUF), saya hanya ingin mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya. Setiap hari adalah sesuatu yang saya nantikan kerana anda semua seperti keluarga.
Kepada semua yang menonton MUF dan jatuh cinta dengan watak kami walaupun kebanyakannya membuat anda marah hehe, terima kasih banyak kerana menyokong kami melalui edit, tweet, DM, gambar.
Ini mungkin penghujung era tetapi MUF akan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati saya. Terima kasih sekali lagi!
Perkongsian yang dimuat naik semalam itu telah meraih 1.3 juta tontonan dan lebih 190 ribu tanda suka. Episod akhir Melur Untuk Firdaus akan ditayangkan di TV3 pada jam 9 malam ini.
Video penuh
View this post on Instagram
Semoga ada musim ke-2
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat drama tersebut dilihat tidak mahu drama tersebut tamat. Ada juga yang berharap drama Melur Untuk Firdaus akan ada sambungan.
Sumber: annajobling