berita

Dress Merah Dikritik Tema Lobster, Ini Warning Siti Nurhaliza Untuk Peminat Melampau

March 7th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Penampilan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Indonesia dikritik teruk netizen. Ramai berpendapat, pakaian dikenakan Siti ketika itu berlebih-lebihan perinciannya sehingga menjejaskan imejnya sebagai penyanyi tersohor.

Semalam, penampilan Siti sekali lagi mendapat perhatian apabila memuatnaik dress merah dipakainya ketika menghadiri satu acara di ibu kota.

Fesyen makin teruk

Dress labuh merah menyala dengan rekaan puff di bahagian lengan dan skirt warna emas itu direka seorang pereka baru, dikritik ramai netizen yang berpendapat dress itu tidak bersesuaian dengan penyanyi berkenaan.

Pengikut Instagram Siti melabel pakaian itu sebagai serabut dan dalam masa sama tidak sesuai dengan majlis dihadirinya.

Dulu fesyen selalu tip top

Tema lobster

Ramai juga yang puji

Ini ‘amaran’ Tokti

Siti kemudiannya meninggalkan komen di pos berkenaan seperti memberi ‘amaran’ kepada pengikut yang tidak berpada-pada mengomen. Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga mengatakan dia akan menyekat pengikut yang melampau.

Tambahnya, pereka yang bekerja untuknya sudah tentu gementar dan dia tidak mahu mengacau hasil kerja pereka terbabit yang mengikut tema majlis.

Sumber: Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×