berita

Dua Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama, Hafidz Roshdi Umum Timang Anak Lelaki

September 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon, Hafidz Roshdi, meluahkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Nurul Shuhada, selamat melahirkan anak kedua mereka hari ini. Berita gembira tersebut dikongsi Hafidz menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Alhamdulillah!

https://www.instagram.com/p/CE5cE5SlTfX/

Menurut Hafidz, kedua-dua anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 9 September. Jelasnya lagi, kelahiran anak keduanya ini seolah mengimbas semula kenangan sewaktu mereka dikurniakan cahaya mata pertama. Hafidz turut memakai baju yang sama dan tersenyum ketika menyambut kelahiran anak tersayang.

So amazing!

Rata-rata rakan artis dan peminat memberi ucapan tahniah buat Hafidz dan isteri. Mereka turut mendoakan kedua-dua anaknya membesar dengan sihat. Terdahulu, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Humairah pada 9 September 2017.

Sumber: Hafidz Roshdi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×