berita

Dua Anak Tempatan Ini Buktikan Tak Mustahil Tempa Nama Di Peringkat Antarabangsa!

November 11th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

 

Bukan mudah nak menempa nama dalam bidang industri perfileman tempatan, apatah lagi antarabangsa. Tetapi, dua figura graduan Universiti Multimedia (MMU) ini berjaya membuktikan sebaliknya, sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sebagai salah satu universiti terkemuka di Malaysia, MMU percaya setiap orang berpotensi untuk mencapai cita-cita mereka dengan cemerlang. Jom ikuti kisah kejayaan dua alumni MMU yang sangat memberi inspirasi ni!

Usamah Zaid, lelaki di sebalik Ejen Ali

MMU GEM TEC 2019 Mr. Usamah Zaid - YouTube

MMU

Siapa je yang tak kenal dengan siri animasi terkenal Ejen Ali. Bukan je kanak-kanak, malah Ejen Ali juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia dalam pelbagai peringkat umur.

Kalau korang nak tahu, Ejen Ali ni merupakan cetusan idea dari graduan MMU dalam bidang Filem & Animasi iaitu Usamah Zaid Yasin yang mula dilancarkan pada tahun 2016 serta telah disiarkan di lebih dari 50 negara melalui produksi miliknya, Wau Animation. Wow!

Berpengalaman lebih dari 14 tahun dalam menghasilkan animasi Computer Generated (CG), Usamah juga bersama-sama mengasaskan Les’Copaque Production dan menghasilkan satu lagi siri animasi iaitu Upin Ipin yang menjadi kegilaan pelbagai lapisan masyarakat!

Ejen Ali dapat pengiktirafan antarabangsa!

Semakin dikenali di seluruh dunia, siri animasi Ejen Ali juga berjaya merangkul beberapa anugerah bertaraf antarabangsa seperti Best Short Animated dalam Festival Filem Malaysia ke 28, Best 3D Animation Programme (Asian Television Awards) dan Best 3D Animation Programme or Series (Asian Academy Creative Awards).

Lebih membanggakan, filem Ejen Ali: The Movie merupakan pencapaian terbesarnya apabila ia menjadi filem animasi paling berjaya di Malaysia dengan hasil kutipan RM30 juta setelah enam minggu ditayangkan di pawagam. Fuhh!

Showbiz: 'Ejen Ali' goes over RM25mil at the box office in 3 weeks, hits Indonesian cinemas on New Year's Day

Pencapaian ini membuktikan bahawa filem animasi tempatan mampu mendapat tempat di hati peminat filem tanah air apabila dikategorikan sebagai filem tempatan paling laris pada tahun 2019. Syabas!

Pengarah wanita pertama filem Tamil tempatan, Dr. Vimala Perumal!

EXCLUSIVE: Dr Vimala Perumal - The Award Winning Filmmaker Who Tells Stories From Her Heart | Varnam MY

Varnam MY

Kalau korang penggemar filem Tamil tempatan, mesti korang tak asing lagi dengan pemilik nama Dr. Vimala Perumal. Pengarah hebat yang juga lulusan MMU dalam bidang Filem & Animasi dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Master of Knowledge Management di Fakulti Multimedia Kreatif, MMU ni telah menghasilkan beberapa filem menarik yang memenangi banyak anugerah di arena tempatan dan antarabangsa!

Vedigundu Pasangge Wins 'Best Film' & 'Best Female Actor' Awards At The 10th Norway Tamil Film Festival | Varnam MY

Varnam MY

Sepeti Usamah, Dr. Vimala juga telah berjaya meningkatkan industri perfileman negara ke tahap yang lebih tinggi apabila filemnya “Vedigundu Passange” meraih lebih RM1 juta selepas hanya dua minggu ditayangkan di seluruh Malaysia pada tahun 2018. Hebat!

Filem Tamil Malaysia pertama mencipta sejarah!

Dr. Vimala sekali lagi meraih kejayaan apabila filem pendek sulungnya berjaya menjadi antara 60 yang teratas di dunia, sekaligus ditayangkan di 30th Busan International Short Film Festival di Korea!

EXCLUSIVE: Dr Vimala Perumal - The Award Winning Filmmaker Who Tells Stories From Her Heart | Varnam MY

Varnam MY

Bukan itu saja, filem sulungnya iaitu “Vilaiyaatu Pasange” (Playful Folks) telah ditayangkan di layar antarabangsa, GSC pada tahun 2011 serta mencipta sejarah dengan menjadi filem Tamil Malaysia pertama yang dimainkan di Astro Box Office.

Beliau kemudiannya menghasilkan filem keduanya iaitu “Vetti Pasanga” (Useless Folks) dan mencatatkan lebih banyak kejayaan dengan memenangi dua Silver Awards serta menjadi filem Tamil Malaysia pecah panggung tertinggi di bawah kategori Skim Wajib Tayang.

Jom laksanakan impian korang di MMU!

MMU sentiasa komited dalam mengiktiraf pencapaian cemerlang alumni mereka. Apa tunggu lagi, serlahkan potensi korang dan sertai MMU sekarang. Siapa tahu, satu hari nanti mungkin korang pun mampu bergelar permata dunia dan berjaya menjejak langkah individu-individu hebat ni!

Untuk maklumat lanjut layari mmu.edu.my untuk pengambilan November 2020!

SKIP THIS AD ×