berita

Dua Beradik Berusia 4 & 2 Tahun Maut Selepas Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah

February 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.

Dua beradik terhuyung-hayang

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, bapa mangsa melihat kedua-dua anaknya yang dikenali dengan nama Nizambudin dan Ngei Jamaludin berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, si bapa yang panik dengan situasi tersebut segera membawa anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun itu ke rumah jiran berdekatan. Beberapa minit kemudian, penduduk kampung mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernafas sebelum menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan awal mendapati bapa mangsa bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot selain melakukan kerja-kerja kampung. Keluarga kecil ini juga tidak mempunyai kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dipercayai makan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah di kawasan mereka ditemui.

Pengesahan kematian mereka dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-duanya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk ujian saringan Covid-19 dan proses bedah siasat.

Difahamkan, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×