berita

Dua Bulan Tahan Sakit, Zila Bakarin Selamat Jalani Pembedahan Akibat ‘Slip Disc’

October 11th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon terkenal, Zila Bakarin kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Ampang Puteri selepas menjalani pembedahan akibat cakera tulang belakang yang teranjak atau tergelincir (slipped disc).

Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah Dalam Almari Tiada Pakaian Bertutup, Keluar Rumah Rasa Gelisah’ – Zila Bakarin Kongsi Perjalanan Hijrah

Artikel Berkaitan: [FOTO] ‘Seronok Lihat Artis Hijrah’ – Imej Zila Bakarin Selepas Berhijab Dipuji Ramai

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Dekat Badan…’ – Zila Bakarin ‘Throwback’ Kisah Sebelum Berhijab

Perlu jalani pembedahan segera

Foto: Harian Metro

Menerusi laporan Harian Metro, Zila, menyatakan dia mula rasa sakit di kaki pada dua bulan lalu, dan ianya menjadi semakin teruk pada Selasa minggu lalu.

Pada awalnya, sejak dua bulan lalu, saya rasa sakit di bahagian kaki kiri dan ada masalah bila berjalan. Jadi, saya tahan saja rasa sakit itu dan makan ubat tahan sakit.

Waktu menjalani penggambaran pun, saya tahan sahaja sakit itu sehinggalah pada Selasa lalu, saya dah tak tahan sangat. Bukan setakat berjalan, bahkan, bila berbaring pun sakit sangat.

Saya tak boleh nak bergerak dan pijak lantai. Bahkan, dua hari saya tak dapat lelapkan mata sebab sakit yang teramat sangat. Jadi, saya ambil keputusan untuk ke hospital. Hari ini, dah masuk hari kelima saya dirawat di hospital.

Bila dimasukkan ke hospital, saya jalani imbasan MRI dan dapat tahu bahawa saya mengalami slip disc. Salah satu cakera sudah ‘terkeluar’ dan mengganggu saraf kaki.

Sepatutnya pelakon drama ‘Sentuhan Najwa’ itu, perlu menjalani pembedahan segera, namun, disebabkan tekanan darahnya rendah, ia perlu ditangguhkan.

Doktor maklumkan, sakit ini dah lama. Mungkin sekarang dah masanya ia menjadi sangat teruk.

Sepatutnya, saya jalani pembedahan dengan segera. Namun, terpaksa ditangguhkan kerana tekanan darah rendah dan takut berisiko.

Semalam, barulah saya dapat jalani pembedahan dan dah dimasukkan 3 beg darah. Hari ini, Alhamdulillah, keadaan saya bertambah baik, namun, masih ada rasa kebas. Hari ini juga saya jalani dua kali sesi fisioterapi.

Diduga penyakit lain

Bukan itu saja, pelakon yang berusia 48 tahun itu juga diduga dengan penyakit lain yang dikenal pasti sewaktu doktor menjalankan pemeriksaan.

Dah dimasukkan ke hospital, doktor kesan dua lagi penyakit lain iaitu anemia dan juga fibroid. Tapi, tak mengapa sebab kedua-duanya boleh dirawat dengan pengambilan ubat.

Kalau diikutkan, saya tak mahu muat naik apa-apa ke media sosial. Tapi, bila fikirkan semula, saya nak minta orang ramai untuk doakan kesejahteraan kesihatan saya.

Berikutan daripada itu, Zila perlu berehat untuk sementara waktu di hospital supaya kesihatannya dipantau oleh doktor sebelum dia kembali menjalani penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta yang masih berjalan.

Sekarang, saya masih lagi menjalani penggambaran drama bersiri Luruhnya Bunga Cinta. Pengarah sendiri pun minta saya ke hospital. Mujurlah pasukan produksi ini semuanya baik-baik dan memahami.

Kalau ikutkan, saya tak mahu ke hospital sebab saya nak habiskan kerja dahulu. Saya tak mahu susahkan orang lain dengan mengganggu jadual mereka.

Kalau ikutkan nasihat doktor, saya perlu berehat selama dua bulan. Tapi, saya rasa, saya boleh sambung bekerja kalau dah dibenarkan keluar dari hospital nanti.

Setakat ini, doktor nak pantau terlebih dahulu dan saya perlu jalani sesi fisioterapi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×