Pelakon, Que Haidar menyorot perhatian ramai menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi TikTok.

Artikel Berkaitan: Que Haidar Kongsi Gambar Anak-Anak Berbusana Songket Kuning, Netizen Terpukau!

Artikel Berkaitan: Afdlin Shauki Sebak Jumpa Que Haidar, Lebih Sedekad Tak Bertegur – ‘Saling Bermaafan & Harap Ini Permulaan Baru Untuk Kami’

Dua bulan ‘workout’

Menerusi hantaran yang dibuat, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa foto dirinya di hadapan cermin usai melakukan ‘work out’ di sebuah gym.

Dapat dilihat, pelakon filem ‘Rock Oo’ itu tidak berbaju sekaligus menampakkan transformasi tubuhnya yang kini lebih sasa dan berotot.

Sementara itu, Que menjelaskan bahawa transformasi badannya itu dibuat bagi menjayakan watak namun filem tersebut difahamkan telah dibatalkan.

Ready untuk filem baharu tapi filem itu cancel.

Jadi, badan ini nak buat apa?

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terpegun melihat sosok tubuh Que.

Komen netizen

Sumber: TikTok