berita

Dua Frontliners Terkorban Dalam Perjalanan Menuju Ke Perkampungan Orang Asli, Dr Hisham Titip Salam Takziah

December 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebentar tadi Bomba & Penyelamat Negeri Pahang di Facebook, berkongsi satu kemalangan yang berlaku di Agropolitan Jalan Pekan Nenasi. Difahamkan kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori tangki, sebuah kenderaan pacuan 4×4 dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Frontliners terkorban

Memetik laporan Malaysia Kini, kejadian tersebut telah mengorbankan seorang jururawat dan pemandu Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP). Manakala, seorang doktor yang turut berada di dalam kenderaan tersebut hanya mengalami kecederaan. Arwah dikenali sebagai Mohd Zuhairi Abdullah, 35, (pemandu) dan Julayha Kudus, 39, (jururawat) maut akibat cedera parah.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa dari arah Pekan menghala ke Rompin. Lori tangki itu juga dipercayai turut melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang suri rumah bersama dua anaknya, menyebabkan Myvi itu terbabas ke bahu jalan.

Manakala, pemandu Myvi bersama anak perempuannya hanya mengalami cedera ringan dan sudah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi.

Dr Hisham titip rasa sebak

 

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi status di Facebooknya meluahkan rasa sebak dengan kemalangan yang berlaku itu. Difahamkan petugas kesihatan (mangsa) ketika kejadian dalam perjalanan menuju ke perkampungan Orang Asli bagi melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan.

Di akhir posting tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Al-Fatihah

Sumber: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang ,Dr Noor Hisham Abdullah Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×